Buat pengguna kereta di Malaysia ini, pasti anda ada pengalaman memasang sticker atau pelekat cukai jalan kan?
Cukai yang diwajibkan bagi pemilik kereta itu harus dilunaskan setiap tahun atau setiap enam bulan, pun begitu apa yang membuatkan ramai marah dan jengkel adalah kualiti pelekat berkenaan yang terlalu senang koyak.
Malah, ada juga yang mempunyai masalah untuk melekatkan pelekat berkenaan, ini kerana dalam masa beberapa bulan atau hari bergantung pada cuaca, pelekat berkenaan boleh merenyuk dan rosak.
Pun begitu, nampak gayanya ada sinar di hujung jalan apabila Menteri Pengangkutan, Anthony Loke memberitahu akan ada perubahan besar yang dilakukan bagi menangani masalah tersebut.
https://www.facebook.com/lokesiewfook/posts/718037103020539
Anthony Loke menerusi Facebook miliknya memberitahu beliau mendengar keluhan serta aduan rakyat terhadap pelekat cukai jalan tersebut.
“Sebarang pelaksanaan inisiatif baru akan dirancang dengan rapi dan saya akan membuat pengumuman apabila persediaan sepenuhnya telah dibuat.
Agenda utama kita ialah mempermudahkan urusan rakyat dan saya tak ingin melihat orang ramai beratur panjang di pejabat-pejabat JPJ yang menyusahkan mereka,” tulisnya.
Sementara itu, beliau turut berkata antara keutamaan utama JPJ pada tahun ini adalah menerapkan pendigitalan dalam perkhidmatan asas kepada orang ramai, seperti pelesenan kereta dan pemandu, serta meningkatkan penguatkuasaan undang-undang jalan raya.
Akhirnya, geram jugak dengan sticker yang asyik koyak tu…
Baca: “Gerak kerja tersusun” – Lepas LRT & KTM, Anthony Loke ‘Spotcheck’ KLIA2 Pula