in

Stesen Minyak Ini ‘Diserang’ Jutaan Serangga, Seram Tengok!

Feature Serangga Mayflies

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Serangga apa yang paling korang takutkan di dunia ni? Rasanya ramai yang benci dengan lipas dan lalat. Geli betul kalau jumpa dua ekor binatang ni. So, jangan lupa jaga kebersihan rumah korang kalau tak nak haiwan ni datang singgah. 

Namun, di sebuah stesen minyak ini pula, kawasannya telah ‘diserang’ oleh jutaan serangga yang dipercayai merupakan sejenis mayfly, lapor Daily Star. Video stesen minyak itu disinggahi oleh serangga berkenaan telah tular di TikTok beberapa hari lalu.


@_ty.leo

Never in my life have I ever saw this many bugs ! Couldn’t even pump gas 😂 #fyp#foryou #bugs #lakelife

♬ original sound – _ty.leo

Difahamkan, video berkenaan telah dikongsikan oleh pengguna TikTok _ty.leo di platform itu. Dalam video terbabit, serangga itu bukan hanya memenuhi cermin tingkap kedai serbaneka di stesen minyak itu, sebab haiwan ini juga turut menempelkan dirinya di pam minyak.

Mayflies 3

Kalau macam ni, nak isi minyak pun susah ni. Video tersebut telah menarik perhatian netizen yang kebanyakannya seram namun kagum dengan kehadiran jutaan serangga itu di kawasan terbabit. Sehingga kini, video itu telah mendapat 9.4 juta tontonan daripada orang ramai dan hampir 33 ribu komen.

Mayflies 4

Difahamkan, video itu berkemungkinan dirakam di Michigan, Amerika Syarikat sebab kawasan itu sememangnya sinonim dengan serangga mayfly. Meninjau ke ruangan komen video ini, serangga tersebut sebenarnya hanya mempunyai jangka hayat yang pendek iaitu selama sehari hingga dua hari sahaja.

Nasib baik kat Malaysia susah nak jumpa serangga macam ni kan. 

Sumber: Daily Star, TikTok @_ty.leo

Baca: Afrika Timur ‘Diserang’ Jutaan Belalang Gurun, Paling Teruk Dalam Tempoh 25 Tahun

Grasshopper

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.