Pagi ini, rappers dan aktivis sosial, Caprice ada memuat naik video memaparkan dua individu yang juga digelar sebagai ‘ustaz’ dalam sesi live di TikTok sedang mengumpul gift daripada netizen.
Mereka adalah pempengaruh yang dikenali sebagai Ustaz Tido dan Ebit Lew yang mana masing-masing dilihat sedang bersaing dalam mendapat ‘point’ paling banyak.
View this post on Instagram
Artikel berkaitan: “Saya nak permohonan maaf” – Isu Anggota Polis Ajak Wanita ‘Check-In’ Hotel, Caprice Bawa Mereka Bersemuka
Artikel berkaitan: “3 kali Cap komen” – Caprice Beri Penjelasan Kenapa Ebit Lew Menang Kes Saman
Menerusi hantaran itu, Caprice hanya meninggalkan kapsyen bertulis,
Steady lah ustaz favourite Malaysia.”
Video berkenaan telah mengundang pelbagai komen kecaman daripada netizen yang menganggap kedua-dua individu tersebut hanya menggunakan penampilan agama dalam meraih gift daripada netizen dan memuat naik content tidak berfaedah kepada masyarakat.
Apa pendapat korang mengenai isu ini? Ramai jugak yang bagi gift tu. Banyak betul duit korang.
Sumber: Instagram