in

“Steady dik!” – Gelagat Budak Lelaki Baca Qunut Nazilah Ketika Berkhatan Undang Perhatian Ramai

berkhatan baca doa qunut

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Bila tiba musim cuti persekolahan, para ibu bapa mengambil peluang untuk menyelesaikan tugas penting buat anak lelaki mereka iaitu berkhatan.

Pastinya bermacam ragam yang cukup menghiburkan dapat disaksikan seperti satu perkongsian video baru-baru ini.


Menerusi video tular di akaun TikTok @drfadzilladryusof, seorang budak lelaki sedang membaca doa qunut nazilah ketika sedang disunatkan oleh doktor.

Artikel berkaitan: [VIDEO] Gelagat Adik Ni Main Game Masa Nak Berkhatan Buat Ramai Berdekah!

Artikel berkaitan: “Dah sunat ke belum” – Bapa Dakwa Seluar Anak Ditarik Ketika Ke Tandas Di Kedai Makan

Dalam video berdurasi 53 saat itu, kelihatan budak lelaki terbabit sedang terbaring di atas katil pesakit sementara dua orang lagi doktor sedang melakukan proses berkhatan.

@drfadzilla.iklimedik

Hebat semangat anak melayu, bersunat perjuangan seorg lelaki islam yang akan menjadi imam dan pemimpin islam kelak. Lepas ni kalau nak sunat kita buka lagu utk adik2 karaoke. Kasi hilang nervous ? #iklimedikbpjsp #fyp #sungaipetani

♬ original sound – Dr.Fadzilla❤️Dr.Yusof – DrFadzilla IKLIMEDIK

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila budak lelaki itu membaca doa qunut nazilah versi kumpulan nasyid UNIC dengan begitu jelas dan bersemangat.

Dapat dilihat, doktor-doktor di situ begitu fokus menjalankan tugas namun kedengaran ada yang tertawa sedikit melihat reaksi budak tersebut.

“Hebat semangat anak Melayu, bersunat perjuangan seorang lelaki Islam yang akan menjadi imam dan pemimpin Islam kelas.

“Lepas ni kalau nak sunat kita buka lagu untuk adik-adik karaoke. Kasi hilang nervous,” tulis doktor di ruangan kapsyen.

“Steady dik”

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dan dalam masa yang sama berbangga dengan kelancaran budak itu membaca doa qunut nazilah.

Ibu kepada budak tersebut memaklumkan keadaan anaknya baik selepas pulang ke rumah dan berterima kasih atas perkhidmatan yang diberikan doktor.

Menurut doktor yang kongsikan video itu, budak lelaki terbabit menyanyikan 3 buah lagu sepanjang proses berkhatan.

Screenshot 2023 12 18 173514 Screenshot 2023 12 18 173443

Lain macam cara adik ni nak hilangkan nervous. Semoga cepat sembuh!

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.