in

“Stay tuned!”- Khairul Aming Dan Team Dijemput Oman Tourism Untuk Sesi Jelajah 8 Hari 7 Malam

Khairul Aming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika baru-baru ini usahawan dan pempengaruh media sosial yang popular di negara kita iaitu Khairul Aming telah mendapat penghargaan daripada Perdana Menteri New Zealand susulan daripada Khairul Aming yang membuat video siri menjelajah New Zealand.

Kali ini, Khairul Aming berkongsi di platform media sosial X bahawa dia dan rakan-rakannya dijemput pula oleh Oman Tourism untuk menjelajah negara Timur Tengah itu selama lapan hari tujuh malam.


5 3

Artikel Berkaitan: “Ada 2 kos”- Hampir Cecah 1 Juta, Khairul Aming Kongsi Kos Yang Dibelanjakan Untuk Bawa Staf Bercuti

Artikel Berkaitan: Khairul Aming Terima Surat Penghargaan Daripada PM New Zealand

Khairul Aming turut memuji pihak tourism negara itu yang memudahkan urusan mereka ketika berada di Oman.

Difahamkan, video siri menjelajah Oman ini akan mempunyai tujuh episod dan KA turut berharap siri kali ini akan menjadi lebih besar berbanding siri menjelajah New Zealand.

Dalam perkongsian di X juga, KA turut berkongsikan sneak peek tentang aktiviti yang dilakukannya di Oman, antaranya menunggang unta di kawasan padang pasir dan melawat bangunan bersejarah di negara Timur Tengah itu.

Meninjau ke ruangan komen, ramai yang mengatakan mereka tidak sabar untuk menantikan video siri jelajah Oman oleh Khairul Aming ini nanti.

Sumber: X @khairulaming

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.