in

‘Stalker’ Ganggu Wanita Selama 8 Tahun Jadi Individu Pertama Didakwa Bawah Akta Anti-Menghendap

Stalker Kena Tangkap

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kecoh sejak beberapa bulan lalu, kes seorang jurugambar wanita Acacia Diana yang diganggu oleh seorang lelaki secara maya sehingga mengancam keselamatannya selama 8 tahun.

Akhirnya, lelaki itu telah ditahan dan akan menjadi kes pertama yang didakwa di bawah Seksyen 507A, Akta 574 (Anti-Menghendap).


Lelaki itu didakwa menghendap dan mengganggu secara seksual jurugambar wanita popular itu selama bertahun-tahun dengan menghantar gambar lucah dirinya dan juga mengikutinya ke United Kingdom.

Pexels Pixabay 267447
Gambar hiasan

Menurut laporan The Star, Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Asisten Komisioner Mohamad Fakhrudin Abdul Hamid berkata lelaki itu akan didakwa mengikut Seksyen 507A Kanun Keseksaan yang baru digubal.

Difahamkan, lelaki berusia 37 tahun itu akan dihadapkan ke Mahkamah Shah Alam Khamis ini, perbuatan menghendap secara maya berulang kali juga adalah satu jenayah menurut Rang Undang-Undang Kanun Keseksaan (Pindaan) 2022, Akta Kanun Keseksaan (Akta 574).

Menerusi Twitter miliknya, jurugambar itu meluahkan rasa syukur kesnya itu semakin menuju ke arah positif dan menyarankan sesiapa yang berhadapan dengan situasi sepertinya untuk membuat laporan dengan segera.

Stay safe girls!

Baca: “Berapa lama lagi untuk tindakan diambil?” –  Jurufoto Diganggu Stalker Buat Laporan Polis Kali Ke-3

Acacia Kena Ganggu Buat Report Polis

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.