Semalam, menerusi laman Instagram miliknya, pelakon cantik manis, Intan Najuwa berkongsi dia dan suami bakal menimang cahaya mata sulung mereka.
Ramai peminat serta netizen yang mengucapkan tahniah kepada pelakon drama bersiri Racun Rihanna itu.
Artikel berkaitan: Pakaikan Barang Jenama Hermes Dekat Kuda, Intan Najuwa Dituduh Riak?
Artikel berkaitan: Datin Intan Najuwa Tidak Mahu Hampakan Peminat, Kongsi Resepi Sup Ikan Jenahak
Pun begitu, lain pula ceritanya di IG Story miliknya di mana ada individu mendakwa Intan tidak membayar gaji pekerjanya.
“Siapa pulak staff yang I tak bayar gaji ni. Melainkan kalau dia tak buat kerja, memang I buang terus.
Staff songlap duit I ada lah, staff curi duit I dari ATM pun ada. Cuma kita ni malas nak berdendam, tak report police pun,” tulisnya.
Dalam pada itu, Intan difahamkan telah meminta individu berkenaan untuk tampil bersemuka dengannya dalam masa 24 jam.
Namun, individu berkenaan tidak berjaya melakukan sedemikian dan Intan telah pun mengambil tindakan undang-undang terhadap individu berkenaan.
Pun begitu, setakat artikel ini ditulis, masih belum ada kenyataan rasmi daripada Intan mahupun individu berkenaan.
Adoi, dah jadi hal lain pulak…
Sumber: Instagram