in

“Staf tegoq tak jalan” – Netizen ‘Sound’ Pelajar Siapkan ‘Assignment’ Dalam Kedai Serbaneka

famima 9

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Lumrah sebagai pelajar pengajian tinggi, banyak assignment yang diberikan oleh para pensyarah membuatkan segelintir daripada mereka terpaksa berkorban masa terutamanya pada waktu malam bagi menyiapkan tugasan tersebut.

Dah jadi ‘Assignment Mart’?

Pun begitu, satu hantaran oleh seorang individu dalam group Facebook telah menarik perhatian netizen apabila dia meluahkan rasa tidak puas hati kerana tempat makan di salah satu kedai serbaneka sudah dipenuhi para pelajar yang menyiapkan assignment mereka.


Artikel berkaitan: Pelajar Meninggal Dunia, Didakwa Stres Banyak ‘Assignment” & Tak Cukup Tidur?

Artikel berkaitan: Pensyarah Terkedu Pelajar Bagi Alasan Assignment Kena Makan Arnab, Ramai Boleh ‘Relate’

Tempat sempat jugak la nak buat assignment. Bila tanya lama lagi ka? Keluarga kita nak makan, selamba jawab.. ‘Lama lagi bang, Saya tengah siapkan assignment.’

Menurut individu itu, dia tidak memarahi jika ada pelajar yang mahu membuat tugasan mereka di kedai serbaneka tersebut namun perlu ada common sense kerana pada asalnya tempat berkenaan disediakan untuk pelanggan menjamu selera.

famima 4 1
Sumber: X

Dah tegur tapi…

Bagaimanapun, pekerja di kedai serbaneka itu sudah pun menegur segelintir pelajar yang berada di situ namun mereka hanya menghiraukan teguran tersebut. Selain itu, dia berharap agar pihak pengurusan kedai serbaneka itu dapat menyelesaikan masalah yang berlaku.

Makanan tak dak pun atas meja. Staf tegoq pun tak jalan dok keriah situ. Orang Perlih kata ketegaq ni..

Meninjau ke ruangan balas di X, rata-rata netizen turut bengang dengan segelintir pelajar yang telah mengganggu ketenteraman awam.

famima 1  famima 3

Selain itu, ada netizen berpendapat para pelajar yang membuat tugasan di kedai seperti itu kerana mahukan wifi percuma.

famima 2

Risau juga bila orang lain tak selesa dengan kita..

Sumber: X

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.