in

SPRM Siasat Taikun Singapura, Ada Kaitan Dengan Skandal Rasuah Sabah?

ft sprm kes sabah

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dilaporkan telah memulakan siasatan terhadap seorang ahli perniagaan di Singapura berhubung skandal rasuah perlombongan di Sabah yang tular baru-baru ini.

Memetik laporan Sinar Harian, satu artikel merujuk ahli perniagaan syarikat Singapura tersebut merupakan pembiaya skandal rasuah yang membabitkan seorang individu berpangkat Datuk yang turut memetik beberapa pemimpin UMNO Sabah.


Ketua Pesuruhjaya SPRM, Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi pihak media telah mengesahkan perkara tersebut dan saksi berkaitan akan turut dipanggil SPRM dalam masa terdekat untuk membantu siasatan.

tan sri azam baki

Isnin lalu, dua Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sabah serta seorang ahli perniagaan bergelar Datuk masing-masing mengaku tidak bersalah atas pertuduhan rasuah di Mahkamah Rasuah Khas Kota Kinabalu.

Ketiga-tiga tertuduh, ADUN Sindumin, Datuk Dr Yusof Yacob dan ADUN Tanjung Batu, Datuk Andi Muhammad Suryadi Bandi serta Datuk Albert Tei atau nama sebenarnya Tei Jiann Cheing membuat pengakuan tidak bersalah itu di hadapan Hakim Jason Juga selepas pertuduhan dibacakan terhadap mereka.

Artikel berkaitan : Penyitaan terbesar dalam sejarah Indonesia Skandal Rasuah Minyak Sawit, Wang Bernilai RM3.6 Bilion Disita

Artikel berkaitan : SPRM Bongkar Sindiket Rasuah Kuota Tiket Umrah Dengan Bayaran Lebih RM10 Juta

Menurut pertuduhan, Yusof telah menerima suapan wang tunai sebanyak RM200,000 daripada tertuduh di sebuah restoran hotel yang dipercayai sebagai dorongan untuknya membantu proses permohonan sebuah syarikat bagi mendapatkan lesen untuk mencari gali mineral di Sabah.

Sehubungan itu, tertuduh didakwa telah melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009 (Akta 694) yang boleh dihukum di bawah Seksyen 24(1) akta yang sama.

Sumber : Sinar Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.