in

SPRM Nyatakan Sokongan Buat Azam Baki, Sifatkan Tuduhan Bermotif Politik

cats 11

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM, Azam Baki dilanda kontroversi berhubung dakwaan pemilikan saham di dua syarikat pada 2015.

Bagaimanapun, Azam Baki dalam satu kenyataan pada Rabu lalu berkata, dia menafikan sekeras-kerasnya dakwaan beliau mempunyai kawalan ke atas beberapa syarikat dan menyifatkan tuduhan itu sebagai satu serangan ke atas dirinya.


Terbaharu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam satu kenyataan berkata mereka berpendirian bahawa segala tohmahan dan serangan yang dibuat ke atas Azam Baki adalah bermotifkan politik dendam untuk menjatuhkan imej dan kredibiliti SPRM.

Kenyataan bersama itu keluarkan oleh Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi), Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya; Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pencegahan), Datuk Seri Norazlan Mohd Razali dan Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Pengurusan dan Profesionalisme), Datuk Junipah Wandi.

Warga SPRM tetap bersatu hati dalam mempertahankan institusi Ketua Pesuruhjaya dan SPRM demi kelangsungan pencegahan rasuah di negara tercinta”, tulis kenyataan itu.

FIoIeX1VQAEzBX

Kenyataan tersebut dikeluarkan dalam satu ciapan oleh akaun Twitter rasmi SPRM pada pagi tadi.

Kredit: Astro AWANI

BACA: 13 Jam Disoal Siasat, Netizen Risaukan Rosmah

Capture 13

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.