in

SPRM Buka Siasatan Kerugian Pelaburan Lebih RM40 Juta FashionValet

Fashionvalet

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ini, sebuah butik e-dagang, FashionValet menjadi bualan hangat di media-media sosial. Perkara ini mula ditimbulkan susulan pendedahan mengenai kerugian pelaburan lebih RM40 juta yang dicatatkan oleh Fashion Valet.

Sehubungan dengan itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) akan membuka siasatan mengenai kerugian pelaburan kepada FashionValet oleh Khazanah Nasional Berhad (Khazanah) dan Permodalan Nasional Berhad (PNB) yang berjumlah RM43.9 juta.


Screenshot 2024 11 02 At 9.54.58 Am

Memetik laporan Astro Awani, Tan Sri Azam Baki, Ketua Pesuruhjaya SPRM berkata, siasatan itu penting kerana isu kerugian pelaburan ini melibatkan isu dana dan kepentingan awam.

Azam juga telah mengarahkan pegawainya untuk menyiasat sekiranya terdapat unsur jenayah atau hal-hal lain berkaitan tatakelola di FashionValet.

Artikel berkaitan: Vivy Yusof Tampil Beri Penjelasan Lepas Jenama dUCk Dikecam Gara-gara Jual Koleksi Tudung Palestin

Artikel berkaitan: “Berhati-hati dengan fitnah yang disebarkan” – Vivy Yusof Respon Isu Khazanah & PNB Rugi RM43.9 Juta

Khamis lalu, Menteri Komunikasi mengarahkan Khazanah, PNB dan FashionValet untuk memberikan penjelasan berhubung kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta yang dicatatkan dalam FashionValet.

Screenshot 2024 11 02 At 9.55.32 Am

Semalam, pengasas bersama FashionValet, Vivy Yusof dan Fadzaruddin Shah Anuar memohon maaf dan akan melepaskan jawatan mereka di FashionValet bagi mengelakkan konflik yang ketika ini menjejaskan syarikat yang sedang dalam proses pemulihan.

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.