in

“Speechless” -Warga Indonesia Kagum Tiada Yang Berebut Ketika Makan ‘Buffet’ Di Malaysia

syaz ft 2025 03 04T152919.550

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Jika anda menetap di hotel, antara perkara yang ditunggu-tunggu ialah bufet sarapan yang biasanya menyediakan pelbagai jenis juadah serta pilihan yang banyak.

Bercakap mengenai bufet, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok perkongsian @viefreyani memaparkan seorang warga Indonesia yang tinggal di Malaysia kagum dengan tertib orang tempatan yang dikatakan tidak berebut ketika makan bufet hotel.


Artikel berkaitan: Lelaki Thailand Habiskan Masa Lebih Kurang 10 Jam Untuk Makan Di Restoran Bufet

Artikel berkaitan: “Macam bufet hotel!” – Cikgu ‘Review’ Menu Kantin Sekolah, Siap Buat Stesen Ikut Selera Pelajar!

@viefriyani

Pengalaman pribadi aja ni,waktu pulang ke Indonesia,sekelas JW merriott aja breakfast buffet nya habis gk d refill.bener2 speechless ya uda deh mungkin waktu itu kita lagi apes aja x ya.rusuh gk tau antrian main potong2 aja ngambil food nya

♬ suara asli – Ramadhan 2025☪️ – ʜᴇɴ || ʀᴀᴍᴀᴅʜᴀɴ²⁰²⁵✨

“Sekadar pengalaman peribadi, apabila saya pulang ke Indonesia, dalam kelas saya di JW Marriot, bufet sarapan pagi itu kosong dan tidak diisi semula, mungkin kami tidak bernasib baik ketika itu.

Malah, mereka (orang Indonesia) juga berebut ketika mengambil makanan sehingga memotong barisan,” tulisnya di kapsyen.

Perkongsian di TikTok itu mendapat perhatian ramai sehingga mendapat lebih 570K tontonan serta lebih 1k komen.

Rata-rata rakyat Malaysia meninggalkan komen di situ memberitahu ianya menjadi sebahagian daripada adab kita ketika makan di bufet.

Malah ada juga orang Malaysia yang berkongsi pengalaman mereka melihat sendiri cara orang Indonesia makan di bufet.

cats 1

Kita takut nak berebut bab makan ni…

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.