in

“Sorry kalau saya lukakan hati anda” – Chen Exo Minta Maaf Pada Peminat Sebab Umum Perkahwinan Tiba-tiba

7ac4ba29 d059 4e10 a931 930054f4eff5 e1669429300333

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Chen, dari ahli kumpulan K-pop terkenal, EXO memohon maaf kepada peminatnya kerana membuat pengumuman perkahwinan secara mendadak.

Menurut Soompi, Chen telah membuat surat permohonan maaf kepada peminatnya kerana tak nak dorang terus kecewa dengan berita pertunangan dan perkahwinannya ini.


5e1c1a7eaef58 chen

“Saya nak minta maaf kepada semua orang kerana kena tunggu lama untuk saya tulis surat ini. Saya juga ingin minta maaf kepada EXO-L yang terkejut dengan berita mendadak ini.

Saya sedih melihat ramai yang kecewa dan terluka dengan pengumuman saya sebelum ini tapi saya sangat bersyukur dengan kasih sayang yang anda semua beri.

Saya akan buktikan yang saya akan terus bekerja keras selepas ini.”

Surat permohonan maaf ini dikeluarkan selepas Chen membuat pengumuman dia bakal berkahwin dengan kekasihnya yang kini sedang mengandung anak mereka pada 14 Januari lalu.

Untuk tak membiarkan berita ini terus menjadi spekulasi, agensi pengurusan SM Entertainment telah mengeluarkan kenyataan mengatakan majlis perkahwinan penyanyi ini akan dibuat secara tertutup.

 

Baca: “Siapa cakap kpoppers pergi konsert terkinja-kinja tak solat?” – Peminat EXO Dirakam Solat Sebelum Tengok Konsert

Screenshot 2020 02 21 at 1.51.17 PM

Sumber: Viva

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.