Jika kita menggunakan perkhidmatan bas ekspres untuk perjalanan yang jauh, pastinya kita ingin perjalanan yang selesa serta selamat.
Pun begitu, baru-baru ini tular di media sosial yang memaparkan seorang pemandu bas dipercayai wanita sempat bermadu kasih dengan seorang lelaki yang dipercayai juga staf perkhidmatan bas tersebut berdasarkan baju yang dipakainya.
Video tersebut mengundang kemarahan ramai memandangkan mereka itu sepatutnya menjaga keselamatan kesemua penumpang.
Artikel berkaitan: Netizen Puji Tindakan Pelajar Sekolah Payungi Penumpang Turun Dari Bas Ketika Hujan
Artikel berkaitan: “Emosi tak stabil” – [VIDEO] GF Mengaku Silap Muat Naik Video Pelakon Bercumbu Dalam Kelab Malam
Menerusi rakaman yang direkodkan oleh salah seorang penumpang, difahamkan insiden itu berlaku di dalam bas yang sedang menuju ke Terminal Bersepadu Selatan (TBS) dari Stesen Terminal Bas Larkin, Johor Bahru.
Lebih mengeruhkan keadaan, bas tersebut difahamkan lewat tiba di Stesen Terminal Bas Larkin, sepatutnya bas itu tiba di situ pada pukul 3 petang namun sampai pada 6 petang.
Dalam video berkenaan, kelihatan kedua-dua ‘pasangan’ itu bermesra serta bercumbu. Malah, dalam video sambungan kelihatan pemandu wanita itu mengendali stereng dan individu lelaki itu pula menolak gear.
Menurut laporan sebuah portal, jurucakap syarikat bas itu berkata pihak mereka akan melakukan siasatan berkenaan isu tersebut dan akan mengenakan tindakan jika kedua-dua mereka didapati bersalah.
Dalam pada itu, jurucakap syarikat itu juga meminta agar orang ramai berhenti menyebarkan rakaman video tersebut.
Bahaya weh!