in

“SOP untuk mukim Klang secara automatik adalah terbatal” – Mukim Klang Kini Ikut SOP Selangor

Ismail 2

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Hari ini, Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.telah menguumumkan bahawa Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di mukim Klang telah dibatalkan.

Ini kerana pelaksanaan PKPB di seluruh Selangor telahh bermula hari ini.


 

Oleh kerana kerajaan telah umumkan PKPB seluruh Selangor dan termasuk dalamnya (adalah) mukim Klang, maka SOP yang diumumkan untuk mukim Klang secara automatik adalah terbatal.”

Disebabkan itu, SOP ini juga terpakai bagi mukim Klang. Jadi, PKPB yang sebelum ini khusus dikawasan itu sepatutnya berakhir 23 Oktober ini berubah kepada 27 Oktober 2020 nanti.

Dalam pada itu, Ismail Sabri berkata, seramai 12,877 pendatang asing tanpa izin (Pati) ditahan di Sabah sejak Januari hingga semalam dengan 5,204 Pati masih berada di pusat tahanan. Lapor Harian Metro.

“Sehingga kini, seramai 7,673 Pati sudah dihantar pulang. Ops Benteng di Sabah pula membabitkan 3,493 anggota pelbagai agensi penguatkuasaan, 10 kapal serta 54 bot pemintas,” katanya dalam sidang media Perintah Kawalan Pergerakan sempena Covid-19, hari ini.

Menurutnya, setakat semalam juga, 284 individu atas kesalahan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) dengan 278 individu dikenakan kompaun dan enam direman.

 

Baca : [TERKINI] SOP Lengkap Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) di Selangor, KL & Putrajaya

Pkpb 1 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.