Jika baru-baru ini pelakon dan penyanyi Malaysia, Alif Satar telah meraih pujian warganet kerana boleh berbahasa isyarat, kali ini giliran pelakon Korea Selatan dan ahli Running Man pula iaitu Song Ji-hyo pula dipuji netizen kerana kemahiran yang sama.
Semalam, Song Ji-hyo telah datang ke event yang dianjurkan oleh produk Glutanex di Sentul Depot dan ketika sesi bertemu peminat, pelakon berusia 41 tahun itu telah menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi dengan peminatnya yang OKU.
Video Song Ji-hyo berkomunikasi dengan peminatnya itu telah tular di media sosial dan rata-rata warganet memuji kebolehannya.
jihyo doing sign language, i swear we stan the right person guys ?#WatsonsKbeautyFesta #SongJihyoinKL#SongJiHyo #송지효 #JihyoXGlutanex pic.twitter.com/X28P24i28m
— jihyoyah ❅ (@suyeounie) March 18, 2023
Menurut peminatnya, Song Jong-hyo berkemungkinan besar mula belajar bahasa isyarat ketika berlakon dalam filem The Intruder.
yes, this scene in intruder pic.twitter.com/ZSjzmzkPpJ
— jihyoyah ❅ (@suyeounie) March 18, 2023
Walau bagaimanapun, ada juga netizen yang pelik bagaimana pula Song Ji-hyo boleh faham bahasa isyarat negara kita sebab ada yang kata setiap bahasa mempunyai bahasa isyaratnya yang tersendiri.
Namun, ada peminat yang lain pula berpendapat mungkin peminat istimewa Ji-hyo tersebut dah belajar awal-awal bahasa isyarat Korea sebelum bertemu dengan Song Ji-hyo.
Ada juga yang berpendapat mungkin kedua-duanya menggunakan bahasa isyarat antarabangsa International Sign (IS) atau Sign Supported English (SSE).
Apa-apa pun, fan service Song Ji-hyo memang terbaik. Suka betul tengok cara dia layan peminat kan.
Sumber: Twitter, Instagram Glutanex.my.official
Baca: “Ini baru betul influencer”- Netizen Kagum Lihat Alif Satar Pandai Berbahasa Isyarat