in

“Something is wrong dengan budak-budak ni” – Baru Umur 10 & 11 Tahun, Dua Beradik ‘Buat Gila’ Bakar 23 Buah Rumah Ditahan

Kaki Bakar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa umur 10 dan 11 tahun korang buat apa selalunya? Kalau min umur-umur macam tu tengah sibuk belajar dan pergi kelas tuisyen lagi.

Tapi budak-budak sekarang ni nampaknya lain macam sikit. Ataupun admin boleh katakan macam abnormal lah jugak.


Menurut Sinar Harian, dua adik beradik lelaki berusia 11 dan 10 tahun telah ditahan kerana disyaki melakukan beberapa siri kebakaran di Kampung Padang Pohon Tanjong, Tumpat sejak Jun lalu. Ya robbi… 

 

Sengaja bakar rumah sebab seronok tengok bomba padam kebakaran

Menurut Timbalan Ketua Polis Daerah Tumpat, Deputi Superintenden Mohd Razi Rosli, tangkapan telah dibuat terhadap 2 kanak-kanak itu pada jam 12 tengah hari semalam.

Penahanan ni juga dilakukan susulan laporan penduduk termasuk kes kebakaran sebuah rumah di hadapan kediaman mereka.

“Polis pergi ke rumah keluarga kanak-kanak tersebut semalam dan menahan mereka bagi membantu siasatan.

“Perintah reman terhadap mereka dikenakan selama dua hari berkuat kuasa hari ini sehingga esok,” katanya.

461891
sumber: sinar harian

Tambahnya lagi, kanak-kanak itu juga dikatakan sengaja membakar rumah kerana seronok melihat anggota bomba datang memadam kebakaran di kampung tersebut. Aduh boleh pulak macam tu… 

 

23 rumah dan 1 kedai dibakar sejak Jun 

Bagi budak-budak yang baru bersekolah rendah, admin rasa terkejut sangat bila dapat tahu mereka ini sudah membakar 23 buah rumah dan 1 kedai sejak Jun tahun ini.

Berikut antara siri kebakaran yang telah dilakukan oleh adik beradik tersebut: 

Haa tudia sampai rumah sendiri pun dibakarnya! 

 

“Kecik-kecik dah commit arson. Gila lah budak-budak sekarang” 

Rata-rata netizen bagaikan tidak percaya perkara sebegini dilakukan oleh budak-budak yang masih di bangku sekolah lagi. Ada juga yang mengagak mungkin adik beradik ni ada penyakit mental dan perlu rawatan dari doktor pakar.

Pai
sumber: twitter

Admin harap kanak-kanak ni dapatlah bantuan yang sewajarnya daripada pakar. Kesian pulak jadi macam ni. 

Baca: “Dah cakap dah rokok tu membunuh” -Rumah Terbakar & Lelaki Hampir Mati Sebab Dia Tertidur Masa Tengah Merokok

Serial

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.