in

SNBJ Bakal Diselenggara Bulan Mac, TMJ Tawar Harimau Malaya Guna Stadium JDT

Tmj Tawar Ssi

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Kehangatan bola sepak tempatan semakin dapat dirasai, lebih-lebih lagi apabila skuad Harimau Malaya berjaya melayakkan diri ke separuh akhir pertama Piala AFF dan bakal bertemu Thailand esok di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ).

Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh sebelum ini memberitahu SNBJ bakal diselenggara pada bulan Mac ini.


Terbaru, pemilik kelab bola sepak Johor Darul Takzim (JDT), Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim berbesar hati menawarkan Stadium Sultan Ibrahim sebagai stadium alternatif untuk kegunaan skuad Harimau Malaya.

Baginda bertitah, inisiatif itu bagi memastikan pasukan kebangsaan itu dapat melangsungkan mana-mana perlawanan melibatkan peringkat antarabangsa.

“Saya telah berjumpa dengan Presiden FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) untuk berkongsi ‘update’ (kemaskini) dan menawarkan Stadium Sultan Ibrahim untuk digunakan Harimau Malaya sementara menunggu SNBJ siap,” katanya.

Tunku Ismail menzahirkan tawaran itu serta memuat naik ciapan di laman sosial Twitter serta Instagram milik baginda malam tadi.

Sebagai info, Stadium Sultan Ibrahim dirasmikan pada 22 Februari 2020 berlokasi di Gelang Patah, Iskandar Puteri. Ia merupakan stadium rasmi pasukan Harimau Selatan yang memiliki pelbagai kemudahan termasuk menggunakan teknologi tinggi.

Daulat Tuanku!

Baca: Gara-gara Dicabar, TMJ Senaraikan 10 Sumbangan Yang Diberi Kepada Harimau Malaya

Tmj Harimau Malayanas

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.