in

“Slumber dia je” – Lelaki ‘Ronda-Ronda’ Dalam Pasar Raya Menggunakan Motosikal Timbulkan Pelbagai Tanda Tanya

Ft Motor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang biasa tak ambil angin dengan menaiki motor keliling kampung, min pun selalu juga dulu masa kecil-kecil. Tapi lain pula buat lelaki ni.


Kelmarin viral video seorang lelaki dilihat menaiki motosikal hingga memasuki kawasan pasar raya, di bahagian tapak peniaga.

Menurut Harian Metro lelaki tersebut bukan sahaja memasuki bahagian tapak peniaga, dia juga dikatakan membunyikan hon sewaktu melalui kawasan tersebut.

Bahayanya, kalau terlanggar orang atau barangan jualan, buat naya orang je nanti!

Kejadian yang berlaku di sebuah pasar raya di Sungai Besar itu menarik perhatian ramai peniaga di sana hingga menyebabkan tersebarnya video tersebut.

Dengan mengenakan seluar pendek, tidak lupa juga pelitup muka, lelaki tersebut dilihat tenang menungggang motornya itu.

 

Min pun tak faham kenapa dia buat macam tu…Sekurang-kurangnya dia pakai mask. 

Menerusi video yang tersebar itu, tiada sebarang kecelakaan yang berlaku. Diharapkan penjelasan mengenai keadaan lelaki ini dapat segera diperolehi.

Korang kalau jumpa uncle ni cuba la tanya kenapa dia buat macam tu…

 

Baca : Viral Video Kakak Senyum Sinis Lepas Tiup Birthday Cake Adik, Ini Kisah Dua Adik Beradik Yang Tiba-Tiba Viral di Media Sosial!

Capture 9 10

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.