Tak ada yang mustahil, itu lah yang ditunjukkan oleh pemuda ini dalam misinya untuk menurunkan berat badan. Yang menariknya, pemuda ini menggunakan hobi menari lagu K-pop sebagai exercise! Siapa kata lelaki tak boleh menari?
Gunakan hobi suka menari lagu K-pop sebagai senaman untuk kurus
My weight loss journey oct 2018 – sep 2019
Its not a short journey but I made it. Still in progress pic.twitter.com/WycH7LNptl
— Wawan 🇲🇾 (@shahrizuann_) September 20, 2020
Menurut Wawan, menari lagu korea tu memang hobi dia.
2 tahun misi, bermula dari Oktober 2018 sampai September 2020
2019 tu typo, actually dari Oktober 2018 sampai September 2020. Dalam video itu, kita boleh lihat perubahan yang ketara setelah hampir 2 tahun dia memulakan misi menurunkan beratnya.
Bukan sekejap tau!
Berjaya turun 60 KG!
Bermula dari 154KG sehingga 94.7KG! Walaupun begitu, pemuda ini masih lagi meneruskan misinya bagi mendapatkan berat badan ideal.
Saya amalkan diet, sebab pemakanan 82%, exercise 20%. Kalau menari sahaja tak jaga makan, tak boleh kurus.”
Kena kuatkan semangat
Bukan senang nak jadikan sesuatu kebiasaan lebih-lebih lagi diet dan exercise sebab sekarang ramai yang nak kurus tapi nak ambil jalan mudah. Min respect dengan Wawan ni!
“Jangan putus asa, aku pun pernah jatuh dan malas nak diet,lagi-lagi masa pkp haritu. Tapi kena kuatkan semangat juga demi apa pun!”
Dia juga telah memuat naik video perbandingannya dahulu dan sekarang.
Sekarang HAHAHA pic.twitter.com/C8kArSjxFI
— Wawan 🇲🇾 (@shahrizuann_) September 20, 2020
Jauh beza kan?
Video berdurasi 1 minit 32 saat yang tular di Twitter itu telah ditonton oleh 229,400 pengguna, 5,600 ulang kicau, dan 12,300 tanda suka.
Ramai yang telah memberikan semangat agar pemuda ini tidak berputus asa.
Korang boleh tengok perjalanan diet dia dengan lebih terperinci kat Instagram shah.rizuann. Goodluck!
P/s : Penulis telah mendapatkan kebenaran dari posting asal untuk menyiarkan artikel ini.
Sumber : twitter shahrizuann_ , instagram shah.rizuann