in

Skim I-Sinar : Pengeluaran Minimum Dinaikkan Kepada RM10,000, SEMUA Ahli Terjejas Boleh Memohon

ft sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Panas baru-baru ini mengenai isu syarat-syarat skim i-Sinar yang dikatakan tidak membantu rakyat dan masih banyak golongan yang akan hidup susah. Dalam pada itu, terdapat ahli politik yang memperjuangkan supaya syarat-syarat berkenaan dilonggarkan termasuklah Dato Seri Najib dan Anwar Ibrahim.

Terbaru, sewaktu sesi penggulungan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 di Dewan Rakyat petang tadi, kerajaan telah bersetuju untuk memperluaskan pengeluaran skim i-Sinar daripada Akaun 1 Kumpulan Wang Simpanan Pekerjaan (KWSP) kepada semua ahli yang terjejas pendapatan.


Menurut Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz,  kali ini pengeluaran tersebut akan memanfaat lebih lapan juta pencarum berbanding dua juta seperti rangka sebelum ini.

Kadar minimum pengeluaran juga turut dinaikkan daripada RM9,000 kepada RM10,000 – Astro Awani

Berita lanjut akan menyusul.

 

Baca : Boleh Keluarkan Dari RM 9,000 Hingga RM60,000 Dari Akaun 1, Pencarum Boleh Mohon i-Sinar Mulai Disember

sinar

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.