Siapa je tak tengok kartun keluaran Disney, bila cakap sahaja pada produksi kartun ini ramai yang dah boleh bayangkan cerita Frozen, Moana, Aladdin, Cinderalla dan banyak lagi lah.
Tapi pernah tak korang tengok kartun ini ditukarkan ke versi Indonesia, maksud min pakaian princess dorang?
Menerusi Twitter Katriel Scenny, dia telah menunjukkan kreativitinya dalam mengubah penampilan watak-watak princess ni. Dari versi Disney kepada versi Asia.
Individu yang berasal dari Indonesia ini, telah memuat naik video ringkas yang menunjukkan bagaimana pembikinan outfit kebudayaan orang Indonesia
Walaupun kita ada Mulan yang mewakili Asia, tapi apa jadi kalau princess yang lain dijadikan Asia juga!
Jom kita temgok watak Disney yang telah di ubah.
Moana
Princess Jasmine (Aladdin)
Sementara itu, idea kreatif dari individu ini telah membuatkan ramai pelukis animasi di Indonesia turut serta dalam menukarkan princess Disney ini ke vesi Indonesia.
Elsa (Frozen)
Anna (Frozen)
Yang ini pula tiada kaitan dengan Disney, tapi individu ini telah mengubah suai salah satu watak perempuan dari animasi jepun Naruto.
Hinata
Memang kreatif gilalah, min pun kagum dengan bakat dorang ni.
Baca: Menyeramkan! Sisi Gelap Industri Anime Yang Tidak Diceritakan Kepada Umum