Semalam, kecoh apabila dilaporkan SK Bangsar, Kuala Lumpur mencatatkan kes COVID 19 apabila dua muridnya disahkan positif wabak tersebut.
Walau bagaimanapun, sekolah tersebut masih tidak ditutup dan demi bimbangkan keselamatan anak masing-masing, para ibu bapa murid di SK Bangsar telah mengambil tindakan sendiri dengan mencutikan anak mereka daripada hadir ke sekolah hari ini.
Menurut Berita Harian, pentadbiran sekolah melaporkan 100% atau hampir 800 murid sesi pagi tidak hadir hari ini.
Parents of SK Bangsar students have kept their children at home after authorities did not instruct the school to close, despite two confirmed Covid-19 cases there.
According to Berita Harian, the school administration confirmed a 100% absentee rate today. pic.twitter.com/HigdrQXbJJ
— BFM News (@NewsBFM) October 9, 2020
Yang Dipertua, Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), Mohd Yazid Mohd Yasin berkata, hanya kakitangan pentadbiran dan juga guru yang datang ke sekolah, manakala guru diwajibkan ujian calitan semalam menjalani tempoh kuarantin.
Susulan perkara tersebut, SK Bangsar akhirnya akan ditutup selama seminggu bermula hari ini, menerusi laporan terbaru Berita Harian.
Menurut Guru Besarnya, Soharto Baharen dalam satu pekeliling sekolah yang diedarkan kepada ibu bapa, penutupan sehingga 16 Oktober itu adalah bagi menjalankan segala prosedur berkaitan, termasuklah aktiviti pembersihan dan pembasmian kuman.
Turut dilaksanakan sepanjang penutupan berkenaan adalah siasatan kes dan pengesanan kontak rapat kes.
Harapnya isu SK Bangsar ini selesai lah dan pihak ibu bapa tidak perlu lagi berasa bimbang untuk cutikan anak masing-masing daripada sekolah.
Baca: 80 Murid & 26 Guru Jalani ‘Swab Test’ Lepas 2 Murid Perempuan di SK Bangsar Positif COVID 19