Bagai mencurah minyak ke api, situasi tegang antara US dan Iran makin memuncak selepas serangan udara yang dilakukan negara Uncle Sam itu mengorbankan pemimpin tentera terkenal Iran, Qasem Soleimani.
Qasem Soleimani, 62, merupakan jeneral yang mengetuai sayap luar negara Pengawal Revolusi, dianggap tokoh kedua paling berpengaruh selepas pemimpin agung Iran, Ayatollah Ali Khamenei.
Iran naikkan bendera merah atas kubah masjid?
Menerusi perkongsian viral di Twitter, Iran katanya sudah bersedia mengumumkan perang apabila negara tersebut pertama kali dalam sejarah telah menaikkan bendera merah atas kubah Masjid Jamkaran di Iran.
For the first time in the history of Iran, the red flag has been hoisted over the dome of Jamkaran Mosque which means IRAN has traditionally announced a war. This matter has gotten very serious now.
Memes apart, I request you all to pray for PEACE 😔#WorldWarThree pic.twitter.com/iYEAX3qcNv— Mohsin javed (@Mohsinj15518000) January 4, 2020
Posting ini telah menimbulkan kebimbangan di kalangan warga Twitter yang menjangkakan bahawa Perang Dunia Ketiga bakal meletus antara Amerika Syarikat dan Iran tidak lama lagi.
Rata-rata hanya berdoa supaya kedamaian dan keamanan dikekal serta negara mereka tidak terlibat dalam peperangan ini.
US ancam serangan hebat, Iran pula tawar RM328 juta untuk kepala Trump?
Dalam pada itu, Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump yang seakan-akan tidak gentar dengan Iran telah memberi amaran untuk menyerang dengan lebih hebat jikalah negara Islam tersebut membalas dendam akan kematian pemimpin tentera mereka.
Menerusi beberapa siri tweet di akaun Twitternya, Trump menegaskan yang beliau akan bertindak dengan lebih keras lagi jika Iran menyerang sebarang individu atau menjadikan US sebagai sasaran.
They attacked us, & we hit back. If they attack again, which I would strongly advise them not to do, we will hit them harder than they have ever been hit before! https://t.co/qI5RfWsSCH
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 5, 2020
These Media Posts will serve as notification to the United States Congress that should Iran strike any U.S. person or target, the United States will quickly & fully strike back, & perhaps in a disproportionate manner. Such legal notice is not required, but is given nevertheless!
— Donald J. Trump (@realDonaldTrump) January 5, 2020
Namun Iran nampaknya tidak berdiam diri dengan begitu sahaja.
Menurut Berita Harian, Iran sejak pembunuhan itu telah mengeluarkan ganjaran berjumlah AS$80 juta (RM328 juta) untuk sesiapa yang dapat membunuh Presiden AS terbabit, malah mengancam untuk menyerang Rumah Putih.
Penganjur majlis pengebumian Soleimani turut menyeru semua rakyat Iran bagi menderma AS$1 (RM4.10) setiap seorang untuk mencukupkan jumlah AS$80 juta itu.
Seruan berkenaan dibuat ketika jenazah Soleimani diarak di Mashad.
Apa-apapun admin berdoa agar kita semua dijauhi daripada sebarang peperangan. Moga kita semua di bawah lindungan-Nya selalu. Amin..
Baca: Amerika Syarikat Bunuh Komander Iran, Netizen Bimbang Tercetusnya Perang Dunia Ketiga