in

Siti Nurhaliza Risau Suara Terganggu Lepas Kena Covid-19 Kali Kedua

Siti 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sejak kes Covid-19 makin meningkat baru-baru ini, ramai antara kita yang dijangkiti wabak tersebut sehinggakan ada yang terkena buat kali kedua. Katanya, ramai yang terkena Covid-19 kali kedua ni merasakan sakit tersebut lebih perit berbanding terkena waktu kali pertama.

Wabak ini turut menjangkiti penyanyi tersohor negara kita, Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang pernah memberitahu kepada umum bahawa dirinya juga dijangkiti wabak itu buat kali kedua pada awal November lalu.


Batuk berkahak, risau suara terganggu

Menurut Harian Metro, kini, beliau sudah selesai menjalani kuarantin dan bimbang jika jangkitan itu memberi kesan terhadap peti suaranya. Jangkitan kali kedua ini dikatakan lebih mencabar dan menyakitkan sehingga memberi kesan kepada suaranya.

Bohonglah kalau saya kata tak risau, sebab suara saya digunakan sebagai aset. Memang batuk berkahak adalah sesuatu yang sangat mengganggu.

Kata beliau, jangkitan sebelum ini tidaklah seteruk yang kedua dan berharap kesan kali ini tidak mengganggu peti suaranya.

Berbeza dengan jangkitan Covid-19 kali pertama di mana tak ada demam dan tak sakit badan, kali ini, saya alami sakit badan yang sangat sakit, demam, dan kemudian panas-panas.

Harap-harap, apa yang berlaku ini tak mengganggu peti suara saya.

Artikel berkaitan: “Siti Nurhaliza pun dah akui aku artis nombor 1 negara!” – Aliff Syukri

Artikel berkaitan: “Saya tak kisah orang panggil Tokti tapi..” – Ini Respon Siti Nurhaliza Tentang Isu Panggilan Nama

Syukur semakin baik, sebelum ni nafas tak cukup

Siti memaklumkan kesihatannya semakin baik dan suaranya pula kembali lebih ‘ringan’ dan boleh menyanyikan lagu-lagu lama berbanding sebelum ini terasa agak berat dan nafas tidak cukup.

Syukur sangat sebab dah makin baik. Maknanya, bila saya nyanyikan lagu-lagu lama, bunyi suara saya ada rasa ‘ringan’ sedikit.

Kalau tak, rasa ‘berat’, kasar dan nafas tak cukup. Jadi, ini proses yang sangat lama dan hampir setahun juga untuk saya kembali dapatkan suara ‘ringan’ seperti ini.

Selain itu, Siti juga berpesan kepada orang ramai agar berwaspada kerana jangkitan ini semakin meningkat. Segera lakukan pemerikasaan kesihatan jika rasa diri tidak sihat.

Saya pun bila dapat tahu dijangkiti, cepat-cepat ambil vitamin C dan antibiotik.

Ini saya baru selesai kuarantin. Alhamdulillah, saya dah habis kuarantin dan harap-harap, tak ada apa-apa. Cuma tinggal batuk sahaja.

Sumber: Harian Metro

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.