Kalau sebelum ini, korang hanya nampak komen daripada Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mengakui usahawan, Aliff Syukri sebagai penyanyi nombor satu negara mengalahkan dirinya yang kini di tempat kedua.
Nampaknya kali ini korang kena benar-benar percaya yang Aliff Syukri adalah penyanyi nombor satu negara yang ‘sebenar’ selepas menonton video yang dikongsikan sendiri oleh usahawan itu.
https://www.instagram.com/p/CqpJkQagwu6/
“Terima kasih Dato’ Sri CTDK terima hakikat saya penyanyi no1 Malaysia”
Menerusi perkongsian Aliff Syukri di Instagram, dia telah memuat naik sebuah video yang meminta netizen untuk menerima dirinya yang kini sudah bergelar penyanyi dan artis nombor satu negara.
Permintaan ini juga dikuatkan lagi dengan snipet video dari Tokti sendiri yang memberi laluan kepada Aliff Syukri untuk menjadi penyanyi nombor satu negara seperti yang diidam-idamkannya itu.
Betul ke Aliff Syukri artis nombor satu sekarang? Ehhh you alls tak tahu ke? MasyaAllah, tak baik… Nombor satu lah,” akui Tokti selamba.
https://www.instagram.com/p/CqsM_U8AsIm/
Tambah Aliff Syukri lagi, dia sudah penat mengikuti kelas vokal, menghafal lirik dan pelbagai lagi perkara yang dilakukannya bagi menjadi penyanyi yang terbaik, namun masih ramai yang tidak mengakui perkara tersebut.
Terimalah saya sebagai seorang artis, terimalah saya sebagai seorang penghibur.
“Penat tau saya nyanyi, nyanyi, nyanyi. Tak pernah pun korang menghargai. Balik-balik korang kecam aku punya baju lah. Korang anggaplah aku ni macam Justin Bieber ke, Justin Timberlake ke, Michael Jackson ke.
“Suara aku ni sedap… pergi tengok kat Youtube tu,” katanya lagi.
“Saborlah wahai netizen… kita semua berpuasa ni”
Rata-rata netizen yang melihat video tersebut telah meninggalkan komen yang pelbagai, antaranya reda dengan pendirian Aliff yang ingin menjadi penyanyi nombor satu dan menganggap ia sekadar gurauan luar biasa.
Sedangkan Tokti pun dah akui… kita kena terimalah kan Aliff Syukri kini penyanyi nombor satu negara.
Baca: “Saya belakang awak ye” – Tok Ti ‘Layankan’ Perangai Aliff Syukri Yang Dakwa Diri Penyanyi No 1