Di saat rakyat Malaysia sedang pilu terhadap pemergian arwah Adibah Noor, timbul satu perkara yang kurang menyenangkan apabila foto arwah tidak menutup aurat disebarkan.
Lantaran itu, pendakwah bebas Pencetus Ummah (PU) Haris Ismail atau lebih mesra dengan panggilan PU Riz menegur netizen agar tidak kongsikan gambar penyanyi itu ketika tidak menutup aurat semasa hidupnya, lapor mStar Online.
“Cukup sekadar sedekah Al-fatihah” – PU Riz
\
Berikutan dengan teguran yang dibuat itu, ia membuatkan Peguam Siti Zabedah Kasim atau lebih dikenali sebagai Siti Kasim tampil beri respon terhadap teguran yang dibuat oleh PU Riz.
Ketahui dengan pemergian arwah, Siti Kasim sangkal cara teguran yang dibuat oleh PU Riz berkenaan dengan isu tersebut menerusi laman Twitter miliknya
Dalam tweet tersebut, Siti Kasim mempersoalkan siapa PU Riz dan menegur bahawa dia patut jaga dirinya sendiri serta tidak perlu buka mulut.
“Dia ingat dia dah ada tempat kat syurga ke?”
Who is this MOFO? He should mind his own business and shut the f**k up! Does he think he already has a place in heaven? FO! ? pic.twitter.com/vN3Q3F7Odz
— Siti Kasim (@sitikasim) June 19, 2022
Adibah Noor. 52, disahkan meninggal dunia sekitar pukul 7.40 malam, Sabtu di sebuah pusat perubatan di Kuala Lumpur selepas alami sesak nafas dan kanser ovari tahap empat.