in

“Siti Aafiyah anak ibu” – Bersikap Terbuka, Tokti Sebut Nama Anak ‘Bahan’ Balik Ajukan Sherry Alhadad

Toktii

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Selain suaranya yang lunak, paras rupa manis dan berpersonaliti sopan santun, gaya percakapan penyanyi nombor satu negara Dato’ Seri Siti Nurhaliza atau lebih mesra dengan panggilan Tokti Hi saya Siti Nurhaliza  ini juga sering menjadi ajukan selebriti-selebriti tempatan.

Tidak melatah, Tokti memang seorang yang professional kerana dapat menerima lawak itu dengan terbuka. Dalam banyak selebriti, kita sering lihat Sherry Al Hadad selalu melakukan ajuk tersebut.


Disebabkan itu, Tokti sebut semula gaya intonasi sebenar bila dia bercakap sebagai tanda respon kepada Sherry Alhadad

 

“Aafiyah anak ibu”

Kita semua tahu dengan lawak Sherry semasa mengacarakan Anugerah Juara Lagu Ke 33 Februari lepas, telatah dan karenah dimana dia cuba membuat suara dan intonasi Tokti apabila bertutur. Masa itu dia cuba gambarkan jika Tokti sedang bercakap dengan anaknya, Siti Aafiyah.

Terpanggil dengan lawak tersebut, Tokti sikit pun tak marah, sebaliknya dia sebut semula dengan caranya sendiri ketika konsertnya baru-baru ini. Alahai comelnya

 

Kan tak sama kan macam Sherry- Tokti

Pada waktu itu Tokti memang membawa anaknya, dan dia cuba panggil anaknya sewaktu Tokti sedang berinteraksi bersama penonton.

Pastinya para penonton alert dengan gaya yang Tokti sebut, malah dia respon semula ajukan Sherry.

“Siti Aafiyah, Siti Aafiyah anak ibu, kan tak sama kan macam Sherry, Sherry Aafiyah anak ibu (ajukan semasa AJL33) takkk, saya Siti Aafiyah anak ibu sayang”

Comel je bila Tokti sempat ‘mengagah’ Aafiyah. Netizen dengan admin sekali melting dengar bila tengok gaya Tokti bergurau senda dengan anaknya ni.

 

Dia sayangkan Aafiyah, aku kat sini yang melting – Netizen

Toktiaafiyah Toktiaafiyah2 Toktiaafiyah3 Toktiaafiyah4 Toktiaafiyah5

 

Baca : Lebih baik tengok local band, lagi berbaloi” – Netizen Ini Dihentam Lepas Kritik Siti Nurhaliza Bukan ‘Real Talent’

Aafiyah

 

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.