Sama-sama cantik, sama-sama berjaya. Nama Nur Sajat dan Safiey Ilias ni sering menjadi sebutan netizen masa kini. Selain mengikuti perkembangan produk yang dikeluarkan syarikat mereka berdua, netizen jugak sempat menyibuk dalam so called ‘perbalahan’ alam maya yang tercetus antara dua jutawan kosmetik ni.
Semalam (4 Julai), tak ada angin tak ada ribut, Nur Sajat telah memuat naik satu posting di Instagram seakan-akan memerli seseorang. Tak sure siapa yang diperlinya, tapi dalam posting tu Sajat dilihat sangat marah sebab ada orang suka membandingkan dirinya dengan seseorang. Wuu sapa tu yang nak caras Sajat?

“Kenapa kau suka bandingkan aku dengan kau yer! Kata kaki ko kecik lah, kata bahu ko kecik lah, kata ko lah paling kecik dalam dunia ini lah! Tak payah nak compare-compare kan orang yer. Ko tengok muka ko dulu! Tengok muka ko depan-depan pun, takdelah flawless mana pun! CHINGGG JER LEBIH!” tulis Sajat. Wuish marah betul ni!
Seperti yang dijangkakan, ramai yang agak Sajat nak memerli Safiey Ilias. Safiey pada masa yang terus muat naik satu posting yang seakan-akan nak membalas kenyataan Sajat pulak. Aduii!

Rata-rata yang sedar akan insiden perli memerli ni pantas memberikan komen tentang isu ni. Ada di antara netizen yang mohon Sajat dan Safiey jangan bergaduh. Dua-dua sama hebat kan? Masing-masing ada kelebihan dan kekurangan sendiri.


Malah ada jugak di kalangan netizen yang seronok jadi batu api dengan niat sengaja nak laga-laga dua jutawan kosmetik ni. Amboi-amboi! Tak baik tau buat macam tu. Siap ada Team Sajat dan Team Safiey lagi.

Papepun admin harapkan perkara ni jangan diperbesarkan sampai nak bertikam lidah bagai. Netizen sepatutnya nasihat dua instafemes ni untuk berbaik-baik. Bukannya bergaduh tau!
Baca: “Nampak punggung jantan hang!” – Netizen