in

Sistem VEP Pamer Saman PDRM, Netizen Singapura Tak Puas Hati?

Sistem Vep Saman Pdrm Singapura

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Untuk pengetahuan korang, kerajaan telah mewajibkan mana-mana kenderaan asing dari Singapura untuk mempunyai Permit Masuk Kenderaan (VEP) sejak 1 Oktober lalu.

Peraturan ini ditetapkan bagi memastikan pemilik kenderaan asing mematuhi segala peraturan jalan raya ketika berada di Malaysia.


Menteri Pengangkutan Anthony Loke menjelaskan undang-undang ini dikuatkuasakan di dua pintu masuk kompleks Kastam, Imigresen dan Kuarantin (CIQ) di Johor iaitu di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di Tambak Johor dan di Bangunan Sultan Abu Bakar di Link Kedua Malaysia-Singapura.

Artikel berkaitan: Pemandu Singapura Wajib Ada VEP Mulai 1 Oktober, Tak Boleh Keluar M’sia Jika Ada Saman Tertunggak

Sistem VEP pamer saman PDRM

Tular satu hantaran yang dimuat naik di laman Facebook ROADS.sg, memperlihatkan cara tag Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) VEP yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengakutan Jalan (JPJ) berfungsi.

Dapat dilihat dalam hantaran tersebut, sebuah kenderaan dikenakan denda apabila papan kenyataan LED memaparkan satu rekod saman dari PDRM.

Oleh itu, pemilik kenderaan dikehendaki menjelaskan denda mereka sebelum dibenarkan melalui pusat pemeriksaan dan keluar dari negara ini.

464121204 1024681966365061 4342128698320815032 N

Jadi perbincangan hangat warga Singapura

Walaupun ada menyambut baik pelaksanaan berkenaan, namun dilihat ada segelintir warga terbabit yang meluahkan rasa tidak puas hati kerana berpendapat sistem itu hanya menyusahkan mereka yang mahu masuk ke Malaysia.

Malah, ada yang menyatakan bilangan warga negara jiran yang mahu masuk ke Malaysia akan lebih sedikit selepas ini.

Ada juga yang meminta pihak berkuasa mereka untuk mengimplementasikan pelaksanaan terhadap kenderaan luar yang masuk ke negara mereka seperti yang dibuat kerajaan Malaysia.

Screenshot 2024 10 22 171432 Screenshot 2024 10 22 171601 Screenshot 2024 10 22 171410

Terdahulu, dilaporkan sebanyak RM3.5 juta saman trafik tertunggak daripada warga Singapura ketika berada di Malaysia.

Sumber: Facebook

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.