in

“Sistem kutipan tak efisyen” – Penduduk Pulau Redang ‘Dihantui’ Bau Sampah Yang Tidak Dikutip

sampah pulau redang

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Pulau Redang yang terletak di Terengganu merupakan salah sebuah destinasi pelancongan yang tidak asing lagi dalam kalangan pelancong tempatan mahupun antarabangsa kerana keindahan serta kecantikan semulajadinya.

Pun begitu, di sebalik keindahan-keindahan ini penduduk di Kampung Baru, Pulau Redang terpaksa berhadapan dengan bau yang kurang menyenangkan gara-gara sistem pungutan sampah yang kurang efisyen oleh pihak berkuasa tempatan sejak beberapa tahun lalu.


Menurut laporan, penduduk di sana mendakwa mereka sudah beberapa kali menghadapi masalah berkenaan dan biasanya ia akan selesai dalam tempoh beberapa bulan selepas aduan dibuat ke pihak berkenaan.

Artikel berkaitan : Konon Bersihkan Pantai, Netizen Bengang Influencer ‘Tertinggal’ Plastik Sampah Lepas Buat Konten

Artikel berkaitan : Jijik! Bilik Wanita Ini Penuh Sampah, Selalu Banjir Di Koridor Sebab Saluran Air Tersumbat

Menurut salah seorang penduduk, mereka sudah tidak tahan dengan bau yang kurang menyenangkan daripada sampah yang tidak dikutip.

AA1hRrnX

Tambahnya, perkara ini berlaku disebabkan pihak yang sepatutnya mengutip sampah tersebut langsung tidak datang untuk membuat kutipan dan menyebabkan ianya bertambah dari semasa ke semasa.

Menurutnya lagi, sampah yang dibawa ke pusat kutipan di Kampung Baru bukan sahaja daripada penduduk sekitar kawasan tersebut, malah ianya juga merupakan sisa-sisa buangan daripada resort dan chalet di Pulau Redang.

2181826394 06deea661a b

Difahamkan, sebanyak 3,000 tan metrik sampah dibawa ke pusat kutipan berkenaan setiap hari. Namun, jumlah yang dilupuskan hanyalah separuh.

Hal ini menyebabkan jumlah sampah tersebut akan bertambah setiap hari sehingga ianya membusuk dan pastinya sekiranya perkara ini tidak diselesaikan, akan sedikit sebanyak menjejaskan imej Pulau Redang sebagai destinasi pelancongan di negeri berkenaan.

Walaupun Kampung Baru ini berjauhan dengan resort dan chalet di pulau berkenaan, perkampungan nelayan ini juga sering menjadi kunjungan pelancong asing terutamanya mereka yang ingin menginap di perkampungan nelayan dan mereka yang ingin belajar tentang kehidupan serta kebudayaan masyarakat tempatan.

Sumber : Sinar Daily

Sumber: Sinar Daily

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.