Baru-baru ini, kecoh pula di media sosial apabila seorang pengasas produk kecantikan tempatan dikecam oleh warganet setelah mendakwa bahawa produk kosmetiknya sedang diuji secara klinikal oleh SIRIM.
Pengasas produk berkenaan pada mulanya berkongsi tentang perkara berkenaan di Facebook miliknya awal Oktober lalu di mana dia mengatakan bahawa produk keluaran jenamanya sedang diuji oleh SIRIM.
Dalam perkongsian yang sama juga, dia telah berkongsi sekeping gambar dirinya dan suami berada di hadapan bangunan SIRIM dan mengatakan pihaknya akan berkongsi laporan akhir setelah produk jenamanya itu siap diuji oleh SIRIM.
Difahamkan, founder jenama kosmetik itu tampil mendakwa sedemikian setelah ada netizen yang mengecam mereka bahawa produk keluaran mereka adalah produk timbang kilo.
Namun, apa yang menjadi perhatian adalah pihak SIRIM kemudiannya tampil menjelaskan di ruangan komen FB post pengasas jenama berkenaan bahawa pihak SIRIM tidak pernah lagi menjalankan sebarang ujian klinikal ke atas produk tersebut.
Setelah pihak SIRIM tampil menjelaskan perkara sebenar, rata-rata netizen telah mengecam dakwaan pengasas produk itu yang boleh mengelirukan orang ramai.
Ada juga netizen yang mendedahkan bahawa produk kecantikan jenama tersebut sebenarnya dah disahkan oleh KKM bahawa mengandungi merkuri.
Beli produk kecantikan yang ada dijual dekat Watsons atau Guardian je la korang, dijamin selamat.
Baca: “SIRIM takde lagi, tapi tali dia kuat”- Savage! Netizen ‘Salute’ Cara MYDIN Promote Mask Muka