Baru-baru ini, kita dikejutkan dengan berita kejadian lubang benam atau sinkhole di daerah Busit, ibu negara Thailand iaitu di Bangkok.
Difahamkan, lubang benam tersebut berlaku sedalam 50 meter berhampiran di Hospital Vajira.
Terkini, menurut laporan Channel News Asia, kejadian lubang benam di ibu negara Thailand itu disyaki mungkin mempunyai kaitan dengan terowong yang baru siap dibina tiga bulan lalu dan ia mungkin menjadi teruk apabila paip air yang pecah.
@channelnewsasia This is what might have caused the massive sinkhole in Bangkok on Sep 24, according to Dr Suchatvee Suwansawat, former President of the Council of Thai Engineers. The sinkhole is suspected to be linked to a tunnel that was completed 3 months ago, and the situation was likely worsened by broken water pipes. #thailand #sinkhole
Artikel Berkaitan: Sinkhole’ Sedalam 50 Meter Gemparkan Bangkok, Penduduk Sekitar Dipindahkan & Bangunan Dikosongkan
Artikel berkaitan: Video Detik-detik Sebelum Kejadian ‘Sinkhole’ Di Singapura Tular Di Media Sosial
Perkara tersebut dijelaskan oleh Dr Suchatvee Suwansawat iaitu mantan presiden Persatuan Jurutera Thai.
Menurut laporan The Straits Times, Pihak Berkuasa Transit Rel Massa Thailand (MRTA) mengakui bertanggungjawab terhadap kejadian mendapan tanah sedalam puluhan meter yang berlaku di hadapan Hospital Vajira itu.
Difahamkan, lokasi berkenaan terletak di bawah Kontrak 1 melibatkan kerja-kerja reka bentuk dan pembinaan terowong serta stesen bawah tanah bagi laluan Taopoon–Perpustakaan Negara sepanjang 4.8 kilometer dengan kos bernilai 19.43 bilion baht (S$778 juta).
Projek itu dikendalikan oleh usaha sama CKST-PL yang membabitkan syarikat CH Karnchang dan Sino-Thai Engineering and Construction.
Sumber: TikTok Channel News Asia
