Padah menyimpan 19,011 bahan lucah kanak-kanak, seorang pembantu kedai ubat tradisional dijatuhi hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 selepas mengaku bersalah.
Mahkamah Majistret Teluk Intan harini menjatuhkan hukuman tersebut terhadap Liew Ming Hui, 24, dan berdepan hukuman penjara lima bulan lagi sekiranya gagal membayar denda berkenaan.
Berdasarkan fakta kes, tertuduh yang masih bujang dan anak tunggal itu didakwa memiliki bahan pornografi iaitu satu unit pendrive yang mengandungi video dan gambar melibatkan kanak-kanak.
Artikel berkaitan: “Langsung tak rasa salah” – Lelaki Kenya Dipenjara Seumur Hidup, Mengaku Nikah & Hamilkan Budak 12 Tahun
Artikel berkaitan: Bakal Doktor Didakwa Simpan 740 Bahan Lucah Kanak-kanak Guna Aplikasi Snapchat, Siap ‘Arah’ Video Lagi!
Tertuduh melakukan perbuatan itu di sebuah rumah di Rancangan Perumahan Awam (RPA) 2, Langkap, kira-kira jam 4.20 petang pada 29 Mei lalu.
Pendakwaan dilakukan di bawah Seksyen 10, Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 (Akta 792) yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih lima tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya, jika sabit kesalahan.
Difahamkan, peguam tertuduh iaitu Jude Pereira merayu anak guamnya diberikan hukuman ringan berbentuk denda atas alasan tertuduh sudah insaf selain itu adalah kesalahan pertamanya.
Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya memohon mahkamah memberi hukuman yang dapat memberi pengajaran kepada tertuduh dan orang ramai.
Justeru, mahkamah menjatuhkan hukuman penjara enam bulan dan denda RM2,500 terhadap tertuduh.
Apa pendapat korang mengenai tahap hukuman yang diberikan?
Sumber: Buletin TV3