in

Simon Leviev: Kisah Si Penipu Tinder, Perdaya Wanita Jutaan Ringgit Demi Ingin Hidup Mewah

Simon Leviev Tipu Wanita Di Tinder

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Sebenarnya sudah banyak kali kita dengar mengenai kisah para wanita yang ditipu hingga habis beratus ribu ringgit gara-gara ‘love scam’.

Kes seperti ini bukan sahaja berlaku di Malaysia, namun di luar negara juga boleh tahan hebatnya apabila ada sesetengah wanita sanggup membuat pinjaman dan mengambil beberapa kad kredit demi ‘menyara’ kekasih yang dalam ‘kesusahan’.


 

Simon Leviev mengaku konon ‘anak tauke berlian’ 

Terbaru, Netflix baru-baru ini ada menghasilkan satu siri dokumentari mengenai seorang lelaki bernama Simon Leviev yang digelar sebagai ‘The Tinder Swindler’ gara-gara telah menipu ramai wanita menerusi aplikasi dating tersebut.

Xekcpkze3Rf6Pd4Xrj5Xsxsgpi

Simon atau nama sebenarnya, Shimon Yehuda Hayut yang berasal dari Israel ini telah mengaku dirinya sebagai anak kepada taikun berlian Israel, Lev Leviev dan memiliki kekayaan yang dahsyat.

Kalau dilihat pada akaun Tinder dan media sosial lain, Simon sering bergambar di dalam jet peribadi, hotel mewah dan memiliki pelbagai kereta sport yang mahal.

Menurut The National News, antara mangsanya yang mengalami kerugian teruk ialah Cecilie Fjellhoy, seorang wanita yang berasal dari Norway dan berkenalan dengan Simon ketika bermain Tinder.

D57Mqmdv4Aag0Qq

Mereka pertama kali bertemu di sebuah hotel 5 bintang di London untuk minum kopi bersama sebelum Simon mengajaknya untuk bersama-sama menaiki private jet ke Bulgaria untuk urusan bisnes.

Tanpa berfikir panjang, Cecilie ikut Simon ke sana dan terus jatuh cinta dengan lelaki itu. Mereka kemudian menjalani hubungan cinta jarak jauh dan sering bermesej sehinggalah pada suatu hari Simon mengatakan bahawa dirinya dalam kesusahan dan diserang musuh.

 

Dikejar ‘musuh’, minta kekasih beri wang dan kad kredit 

Simon kemudian mula ‘menjerat’ Cecilie dengan mengatakan dia dalam keadaan bahaya dan telah diserang ‘musuh’.

Dia kemudian menghantar gambar seperti bodyguardnya cedera parah akibat diserang dan berada di dalam ambulans.

Bodyguard Peter

Demi untuk menyelamatkan diri daripada serangan musuh, Simon kemudian memberitahu yang dia terpaksa block kesemua kad kreditnya. Dia seterusnya meminta Cecilie membuat kad kredit baru di atas nama wanita itu dan meminjam wang serta menempah beberapa tiket penerbangan.

Cecilie tanpa rasa ragu menuruti arahan Simon dengan harapan dia akan mengembalikan wang tersebut, tapi pada akhirnya dia ditinggalkan bersama beban hutang sebanyak $200,000 bersamaan RM836,960. Pengsan! 

 

Guna duit kekasih untuk berseronok dengan kekasih lain 

Rupa-rupanya pada masa yang sama Simon dikatakan sedang berseronok dengan wanita lain bernama Pernilla Sjoholm dan mereka telah bercuti serta bermewah-mewah ke beberapa tempat di Eropah menggunakan wang Cecilie.

Pernilla juga dikenalinya di Tinder namun mereka tidak menjadi pasangan kekasih, sebaliknya hanya rakan baik.

2B4Bf5C641910953728057Cc8A4E2D5B 1

Selepas beberapa ketika, Pernilla juga menerima nasib yang sama seperti Cecilie apabila dia memberi wang yang banyak kepada Simon yang menggunakan ‘modus operandi’ yang sama iaitu kad kreditnya di’block’ gara-gara diserang musuh.

 

Kena scam dengan kekasih ‘terakhir’ 

Sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga! Segala perbuatan Simon akhirnya terkantoi selepas Pernilla dan Cecilie bergabung untuk menjatuhkan lelaki itu dengan mengeluarkan kisahnya ke media.

Pada ketika itu, Simon yang sedang ‘bercinta’ dengan Ayleen Charlotte berada dalam keadaan panik. Dia ingin melakukan penipuan yang sama kepada Ayleen, namun wanita itu lebih bijak apabila dia menipu Simon kembali dengan menjual pakaian mewah milik lelaki itu dan mengambil hasilnya.

Resize

Simon akhirnya ditahan di Greece pada 2019 atas bantuan Ayleen kerana menggunakan pasport palsu. Dia kemudian dihantar kembali ke Israel dan telah dipenjara selama 5 bulan sebelum dibebaskan kerana berkelakuan baik.

Agak menyedihkan apabila Simon dilepaskan dengan begitu sahaja dan dikatakan kini sudah memiliki kekasih baru serta kembali hidup kaya raya seperti dahulu walaupun telah disekat daripada menggunakan aplikasi Tinder.

Tab

Dalam pada itu, ketiga-tiga bekas kekasihnya, Cecilie, Pernilla dan Ayleen masih lagi membayar beban hutang yang ditinggalkan Simon kepada mereka.

Aduh kesian betul ye berhabis ratusan ribu ringgit untuk lelaki macam tu. Kalau korang berminat nak tahu lebih lanjut, boleh je tengok The Tinder Swindler dekat Netflix

Baca: “14 tahun baru tapi banyaknya duit” – Terpedaya Degan Love Scam, Remaja Lelaki Tanggung Rugi Hampir RM300,000

Scam

Sumber: Prambos FM
Sumber: Twitter
Sumber: Teddyfeed
Sumber: LADBible
Sumber: The Tab

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.