in

Siling Terminal 1 KLIA Bocor Akibat Ribut

bumbung klia terminal 1 bocor

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Petang semalam kecoh di media sosial berhubung kejadian siling atau bumbung Terminal 1 Lapangan Terbang Antrabangsa Kuala Lumpur (KLIA) yang bocor sehingga menjejaskan beberapa perkhidmatan di situ termasuklah kaunter daftar masuk.

Menurut laporan Berita Harian, bumbung bangunan Terminal 1 KLIA itu bocor kerana hujan dan ribut yang berlaku di daerah itu pada petang semalam.


Menerusi video yang tular di media sosial yang dirakam oleh orang awam, dapat dilihat kebocoran bumbung itu menyebabkan air hujan mencurah ke dalam bangunan berkenaan.

@hmetromy

Hujan lebat, siling KLIA Terminal 1 bocor

♬ original sound – Harian Metro – Harian Metro

Artikel Berkaitan: Perkhidmatan Aerotrain KLIA Tergendala Seketika Pada Jumaat Akibat Takungan Air Lepas Hujan Lebat

Artikel berkaitan: Kerajaan Sasar Pulihkan Ranking KLIA Antara 10 Airport Terbaik Dunia

Susulan itu, dapat dilihat juga kawasan yang terjejas telah ditutup agar tidak boleh dilalui oleh penumpang penerbangan dan orang awam.

Difahamkan, Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) menerusia satu kenyataan mengatakan untuk mengendalikan situasi tersebut, pasukan operasi, keselamatan dan kejuruteraan telah digerakkan.

4 1

Keutamaan turut diberikan kepada perlindungan terhadap sistem elektrik, keselamatan penumpang dan usaha kawalan.

Dalam masa yang sama, difahamkan, MAHB turut menjelaskan bahawa tiada penerbangan yang terjejas akibat kejadian berkenaan.

Selain itu, kawasan terjejas akibat kebocoran itu juga telah pun dibersihkan tidak lama kemudian.

Kaunter daftar masuk yang terjejas akibat kebocoran itu juga telah pun dibuka semula.

Sistem yang penting juga telah diperiksa dan kawasan terjejas didapati telah selamat untuk digunakan.

Sumber: Berita Harian

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.