in

“Sila tag Kak KM apa ntah nama dia” – Kak Lina Pom Pom Respon Kenapa Tutup Muka Anak

Ft Kak Lina Sound Kak Km 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Mempunyai cahaya mata memang tidak dinafikan merupakan detik paling indah buat sesebuah pasangan. Tidak dinafikan pasti ramai mahu kongsikan kegembiraan mereka di media sosial.

Namun begitu, ramai yang dah mula faham bahawa tidak elok untuk kita kongsikan gambar anak yang baru sahaja lahir bagi menghindari cahaya mata kita daripada terkena penyakit ain.


 

Rimas betul tutup-tutup muka anak – Kak KM

Namun begitu, bagi Liana Rosli atau lebih mesra dengan panggilan Kak KM, dia mempersoalkan tindakan selebriti melakukan perkara sedemikian.

Menurutnya, tidak wajar seseorang itu tidak berkongsi wajah zuriat mereka memandangkan anak merupakan anugerah Allah dan mereka sepatutnya berasa gembira dan bersyukur, lapor Kosmo!

“Tak faham kenapa nak muat naik gambar anak selepas bersalin tetapi tidak tunjukkan wajah sebenar. Ada pula sengaja tunjuk gambar kaki atau tangan bayi sahaja.”

“Kalau masa hamil boleh kongsi perkembangan diri mengapa tidak selepas bersalin? Allah sudah kurniakan rezeki, tak salah untuk kongsikan kerana itu tanda kita gembira dan syukur dengan pemberiannya.”

Kak KM sebelum ini ada buat satu kenyataan dengan meluahkan bahawa dia rasa rimas lihat selebriti tutup wajah anak tetapi kongsikan yang mereka dah bersalin.

“Rimas betul tutup-tutup muka anak. Saya dah lihat ramai orang tak mahu kongsi gambar anak sebab takut kena santau atau perbuatan jahat orang lain. Kenapa perlu ada perasaan begitu jika kita tak buat salah?”

“Apa yang penting adalah niat kita untuk kongsi berita gembira. Jangan nak fikir benda yang buruk sahaja.”

 

 Tak ada apa pun nak dipelik atau hairan – Elly Mazlein

Berikutan dengan kenyataan tersebut, pelakon dan pengacara Elly Mazlein atau lebih mesra dengan gelaran Kak Lina Pom Pom ini tampil memberikan kenyataan balas ditujukan kepada Kak KM.

Kak Lina yang baru sahaja melahirkan cahaya mata menjelaskan bahawa tidak apa yang perlu nak dipelikkan dan itu adalah pilihan masing. Kata Kak Lina lagi, dia lebih selesa untuk tidak bawa anaknya ke dalam dunia glamour.

“Buat pilihan sendiri.. Pilihlah bahagia .. Biarlah anak Kak Kepom jauh dari Dunia Glamour.. Biarlah anak-anak Kak Lina dengan cara mereka ..Jangan pelik sangat .. Benda tak ada apa pun nak dipelik atau hairan ..Adoiiiii banyak lagi benda lain nak buat content .. Jangan sentuh hal “anak-anak” & manusia ada hak untuk buat pilihan .. Sila tag Kak KM apa entah nama dia .. Terima kasih.”

https://www.instagram.com/p/Cdt_ZezvNe3/?igshid=YmMyMTA2M2Y=

Kenyataan terbuka daripada Kak Lina itu telah mendapat sokongan daripada rakan artis dan para netizen yang terdiri daripada peminatnya.

Screenshot 2022 05 20 122331 Screenshot 2022 05 20 122351 Screenshot 2022 05 20 122417

Hurm, semua orang ada pilihan masing-masing, ikutlah apa keputusan pasangan itu. Lagi pun kalau kita nak tumpang bahagia, apa kata kita doakan kebahagiaan mereka.

Baca : “Kau siapa eh? Nak tumpang popularity aku ke apa?-Kak KM ‘Mangamuk’; Dikata Cari Duit Tak Berkat?

Cats 5

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.