Minggu lalu, kemelut keluarga Shila Amzah menjadi perhatian selepas adiknya Syada Amzah mendakwa dia bakal dihalau keluar daripada kediaman yang merupakan sebuah banglo milik kakaknya.
Terbaharu, Shila menerusi satu hantaran di Insta Story mendesak seorang wanita bernama Eiza untuk keluar daripada rumah banglo di Hulu Langat.
Artikel berkaitan: “Bebas buat apa saja” – Peguam Perjelas Rumah Shila Amzah Bukan Harta Pusaka, Tiada Masalah Untuk Jual
Artikel berkaitan: “Mak tak reda apa yang Shila buat” – Terguris Dengan Kata-kata Kesat, Ibu Belum Maafkan Shila
Dalam hantaran tersebut, Shila sudah meminta wanita berkenaan untuk keluar daripada rumahnya itu sejak tahun lalu melalui ibunya.
Katanya, dia tidak teragak-agak untuk memberi notis Letter of Demand (LOD) kepada wanita tersebut sekiranya dia tidak berhenti berkata-kata buruk mengenai hal keluarganya.
Shila turut menggelarkan wanita itu sebagai orang luar yang sebenar dan mendakwa menjadi batu api ketika keluarga dilanda masalah.
“Assalamualaikum, teruntuk ORANG LUAR yang sebenar. Eiza yang dah lama duduk di rumah saya di Langat tu, sila keluar selewat-lewatnya esok sebelum saya ambil tindakan undang-undang,” katanya.
Menurut Shila, wanita yang dipercayai kekasih adiknya iaitu Amir Syafiq telah duduk tanpa izin sejak tahun 2021.
Terdahulu, Shila sebagai pemilik banglo tersebut mahu menjual kediaman itu kerana ingin membeli sebuah rumah baharu yang lebih selesa kepada ibunya.
Bagaimanapun, kenyataan itu dinafikan dua adiknya sehingga mencetuskan perbalahan berpanjangan di media sosial.
Sumber: Instagram