Bagi mereka yang mempunyai pengalaman menggunakan khidmat guaman, korang pasti tahu kan yang kos membayar khidmat tersebut tidaklah murah hingga ada yang menolak membawa kes ke mahkamah kerana tidak mampu membayar kos peguam.
Walau bagaimanapun, seorang peguam di Sorsogon, Filipina ini mendapat pujian ramai selepas dia dikatakan menerima ketam sebagai bayaran perkhidmatannya kerana anak guam tidak mampu membayar dengan duit.
Kisah mengenai peguam bernama Noel Allen Bose ini viral selepas dia memuat naik fotonya di Facebook memaparkan dirinya memegang beberapa ekor ketam di luar mahkamah.
Menurut GMA Network, peguam itu memberitahu yang anak guamnya memberikan ketam tersebut selepas selesai perbicaraan dan mengatakan yang dia tak mempunyai wang untuk membayarnya.
Namun Noel yang tidak kisah tentang hal itu, dia berlapang hati menerima ketam tersebut.
Setelah postingnya viral di Facebook, Noel berterima kasih kepada netizen kerana memberikan kata-kata yang baik buat dirinya.
Ketam sangat mengeyangkan tetapi reaksi anda semua pada kiriman ini membuatkan hati saya lebih ‘kenyang’.
“Saya juga ingin mengucapkan terima kasih kepada peguam yang bekerja untuk kerajaan dan swasta. Mereka biasanya tidak berkongsi mengenai cabaran yang dilalui tetapi mereka rajin dan setia pada janji mereka membantu sesama warga Filipina,” katanya.
Noel juga pada masa yang sama berkongsi gambar ketam yang sudah dimasaknya. Uiii sedap!
Baiknya hati dia kan! Harap ada ramai lagi peguam yang baik hati macam ni dapat tolong orang susah.
Baca: Lelaki Pecah Masuk Kedai Niat Nak Merompak, Tapi Owner Baik Hati Siap Offer Kerja Lagi