Berikutan dengan kenyataan hospital berhubung isu jenazah bayi yang dibekukan selama 2 minggu di hospital swasta baru-baru ini, pengurus jenazah adik Adham tampil memberikan kenyataan balas untuk menepis dakwaan hospital terbabit.
Menurutnya, pihak hospital tersebut telah memanipulasi cerita untuk menutup salah laku mereka, dalam menahan dan membekukan jenazah bayi.
Artikel berkaitan : “Dia tidak berkahwin” – Hospital Bersalin Razif Keluarkan Kenyataan Isu Jenazah Bayi Dibekukan
Artikel berkaitan : “Dah lahirkan anak c*cat, tak reti uruskan?” – Ayah Cerita Kronologi Jenazah Bayi Dibekukan
“Seperti yang kami sudah jangka pihak di sana akan manipulasi kenyataan untuk tutup salah laku menahan baby Adham selama 2 minggu.”
Wan Cai juga menepis dakwaan yang mengatakan bahawa pasangan tersebut masih belum berkahwin kerana pihak pengurusan jenazah sudah lihat depan-depan salinan sijil nikah pasangan tersebut.
“Sijil nikah ori kami dah lihat depan-depan. Salinan sijil nikah mereka pun kami ada. Plot twist doktor tak jadi.”
Dalam pada itu, Wan Cai juga turut mempersoalkan jika seorang isteri yang sedang bertarung nyawa untuk melahirkan anak sanggup mengaku yang dirinya tak berkahwin lagi.
Sumber : Facebook