in

“Sihat je diaorang berdua kat sini” – Shuhada ‘Balas’ Risik Khabar Hafidz Roshdi?

ft shuhada respon hafidz

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Semalam, pelakon Hafidz Roshdi ada meluahkan rasa rindu kepada dua anaknya Humairah dan Umar yang kini sudah menetap di Australia bersama bekas isteri, Nurul Shuhada. Jelasnya lagi, dia tidak tahu menahu mengenai keadaan anak-anaknya sejak mereka dibawa bersama ibu mereka.

Artikel berkaitan : “Dibawa ibunya ke Australia tanpa pengetahun & izin saya” – Hafidz Roshdi Rindu Anak-anak


Artikel berkaitan : Hafidz Roshdi Kena Naik Mahkamah Lagi, Rupanya Kes Pukul Bekas Isteri Masih Belum Selesai?

Susulan itu, Shuhada ada memuat naik satu perkongsian menerusi IG Story miliknya, perkongsian tersebut seolah-olah menjawab ‘risik khabar’ bekas suaminya itu dengan menjelaskan keadaan anak-anaknya itu kini baik-baik sahaja.

“Ada orang rindu Umar & Humairah ke? Sihat je diaorang berdua kat sini, enjoying their life with positive environment. Mereka kini sedang menikmati zaman kanak-kanak mereka dengan persekitaran yang lebih positif dan lebih sayang mereka dengan penuh ikhlas.”

Perkongsian tersebut memperlihatkan Umar & Humairah sedang keluar berjalan-jalan bersama ibunya itu.

Screenshot 2025 02 07 124710 Screenshot 2025 02 07 124728

Semalam, Hafiz Roshdi ke Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam untuk prosiding tuntutan hak penjagaan anak.

Peguam yang mewakili Hafidz iaitu Ummi Kartini Abd Latiff berkata, pihaknya pernah menulis kepada bekas peguam Shuhada untuk mengadakan perjumpaan anak guamnya untuk bertemu anak namun tiada jawapan diterima.

Sumber : Instagram

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.