in

“Siapa suruh tak check?” – Majikan Tersalah Masuk RM7,300 Dalam Akaun, 2 Bekas Pekerja Tak Nak Bagi Balik Duit

ft 13

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Korang pernah tak tersalah masuk duit dalam akaun orang lain? Kalau orang tu tak nak pulang balik, selalunya bank mesti akan cakap “tak ada apa yang kami boleh buat, cik” lepastu korang akan blame diri sendiri sebab tak check betul-betul dan redha je. Kan? 

Macam dua bekas pekerja kilang ni yang dapat durian runtuh bila manager HR kilang yang dorang kerja dulu termasukkan gaji (RM5,161.48 dan RM2,138.08) ke dalam bank akaun dorang walaupun dah berhenti kerja beberapa bulan lepas.


atm
Sumber: WOB

Menurut NST, lepas dua lelaki ni sedar yang bank dorang tiba-tiba ada duit banyak, dorang dah plan nak belanjakan duit ni. Malangnya, dorang tak dapat nak teruskan rancangan dorang lepas kilang di Gebeng, Pahang ni minta dorang pulangkan balik duit tersebut.

Pun begitu, dua lelaki ni berdegil dan enggan pulangkan wang tersebut.

Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Pahang, Mohd Wazir Mohd Yusof mengatakan lepas dah transfer gaji tu, barulah pengurus tu perasan yang dua lelaki ni dah berhenti kerja dua bulan lepas.

1 4 2
Sumber: WOB

Menyedari kesilapannya, syarikat ini telah menghubungi dua bekas pekerja ini tapi mereka enggan bekerjasama. Kami dapat aduan dari pihak syarikat dan akan jalankan siasatan untuk mengesan dua individu ini.”

Wazir kemudian menambah, kes ini disiasat di bawah Seksyen 406 yang membolehkan dua lelaki ni dipenjarakan maksimum 10 tahun termasuk sebatan atau denda. Wooo

Apa-apa pun, kalau dah sampai boleh masuk penjara, jadi kes jenayah ni, baiklah pulangkan je. Tak worth it lah. Lagi pun duit tu pun bukan hak kita, kenalah pulang balik. Betul tak?

 

Baca: “Kau ingat duit boleh bawa masuk kubur ke” – Penghutang ‘Tunjuk Alim’ Bila Tuan Badan Minta Bayar Balik

Screenshot 2019 09 20 at 10.59.52 AM

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.