in

Siapa Paling Kaya? Ini ‘Net Worth’ Setiap Ahli Kumpulan BLACKPINK Untuk Tahun 2023

Collage 18

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Zaman sekarang ni, kalau korang memang tak minat langsung dengan K-pop pun mesti korang tahu tentang kewujudan BLACKPINK. Confirm!

Sebagai salah satu kumpulan perempuan paling popular di dunia, duit yang dorang ada mestilah setimpal dengan kejayaan dorang kan? Tapi berapa sebenarnya kekayaan setiap ahli kumpulan BLACKPINK ni? Jennie, Lisa, Rosé dan Jisoo dibayar sama rata atau ada yang dapat bayaran lebih? Jom tengok!


Kejayaan BLACKPINK

Main Qimg A7A457565C0935846Eeefe41B3929A12 Lq

BLACKPINK telah mengeluarkan single pertama mereka Boombayah pada tahun 2016, dan sejak itu mereka telah menjadi kumpulan K-pop yang sangat terkenal di dunia. Malah pada tahun 2019, BLACKPINK telah menjadi kumpulan K-pop pertama yang dapat perform di Coachella.

Tak cukup dengan itu, BLACKPINK juga telah berkolaborasi dengan penyanyi-penyanyi antarabangsa seperti Dua Lipa, Lady Gaga, Selena Gomez dan Cardi B. Pada tahun 2002 pula, mereka turut menerima anugerah TIME sebagai Penghibur Terbaik 2022 sekaligus menjadikan mereka kumpulan perempuan K-pop pertama yang dapat menjadi muka depan majalah ikonik ini.

‘Net Worth’ BLACKPINK

Menurut WealthyPersons.com, nilai bersih keseluruhan untuk kumpulan BLACKPINK dianggarkan sebanyak US$24 juta (RM110.8 juta), ini bermakna setiap ahli mereka telah membawa pulang sebanyak US$6 juta seorang. Tapi ini tak bermakna yang net worth setiap ahli BLACKPINK ni sama tau!

Jisoo BLACKPINK (US$20 juta)

Jisoo In Ddu Du Ddu Du Mv Jisoo Blackpink 41417952 268 336

Vokalis utama kumpulan K-pop ini telah dipilih untuk menjadi duta antarabangsa untuk Dior Fashion dan Beauty pada 2021 bersama Natalie Portman, Marion Cotillard dan Rihanna. Kalau korang nak tahu, buat masa ni Jisoo merupakan anggota BLACKPINK yang paling kaya.

Selain menyanyi, Jisoo juga turut menceburkan diri dalam bidang lakonan di mana dia telah berlakon dalam K-drama yang berjudul Snowdrop bergandingan dengan pelakon Jung Hae-In. Menurut beberapa laporan, kekayaan yang dimiliki oleh Jisoo dianggarkan sebanyak US$20 juta setakat Jun 2022.

Selain Dior, Jisoo juga merupakan duta untuk pembuat barang kemas mewah Perancis, Cartier, Ella Balinska, Yasmine Sabri dan Chen Chen termasuk jenama kosmetik Korea, Kiss Me.

Kalau korang nak tahu, Jisoo merupakan anggota BLACKPINK terkaya setakat tahun 2022.

Rosé BLACKPINK (US$18 juta)

Blackpink Rose

Rosé yang dilahirkan di Auckland, New Zealand ini merupakan ahli BLACKPINK kedua terkaya. Dia merupakan artis K-pop terpantas untuk mendapat sebanyak 200,000 pra-pesanan di QQ Music pada tahun 2021 dan artis pertama YG Entertainment yang mempromosikan projek solonya di Mnet M Countdown.

Menurut CelebrityNetWorth, kekayaan Rosé diangarkan berjumlah US$18 juta.

Album solo yang dihasilkan oleh Rosé berjudul “R” telah disenaraikan secara rasmi di dalam dua kategori Guinness World Records iaitu dia telah menjadi artis Korea solo pertama untuk mendapat tontonan terbanyak dalam masa 24 jam di YouTube untuk lagu On The Ground.

Kedua pula, Jisoo telah menjadi artis Korea pertama yang mendapat tempat pertama sebagai artis solo dan sebagai artis berkumpulan untuk menduduki charta Billboard’s Global 200.

Lisa BLACKPINK (US$14 juta)

Lisa Cute Lisa

Lisa merupakan satu-satunya anggota BLACKPINK yang bukan berasal dari Korea. Dia telah dibesarkan sebagai anak tunggal di Thailand sebelum berjaya menyertai akademi YG Entertainment.

Bapanya merupakan chef terkenal di Thailand dan telah pun bekerja dengan beberapa hotel mewah di seluruh dunia.

Menurut beberapa sumber, kekayaan Lisa dianggarkan sebanyak US$14 juta dan dia merupakan artis yang paling banyak berkolaborasi di dalam projek muzikal dan lagu antarabangsa.

Lisa juga merupakan duta untuk jenama-jenama mewah seperti Prada, Chivas, CELINE dan Samsung.

Jennie BLACKPINK (US$10 juta)

7Oyu

Kalau korang nak tahu, Jennie berasal dari keluarga kaya di mana bapanya memiliki sebuah hospital sementara ibunya pula merupakan pemegang saham dan pengarah untuk syarikat CJ & M.

Namun begitu, Jennie telah berjaya mencapai kekayaannya sendiri selepas menyertai BLACKPINK. Menurut beberapa sumber, jumlah kekayaan Jennie dianggarkan sebanyak US$10 juta.

Jennie turut menjadi duta untuk pelbagai jenama terkenal seperti Chanel. Bagi single solonya yang berjudul SOLO, ahli BLACKPINK ini telah berjaya meraih lebih 300 juta pendengar di Spotify.

Ha, betul ke jangkaan korang ahli BLACKPINK mana paling kaya?

Sumber: SC, Otakusmart

 

Baca: Kumpulan Blackpink Pecah Rekod, Jadi Artis Pertama Miliki 70 Juta Subscribers Di YouTube

Blackpink 1

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.