in

“Siapa kata BM senang?” – Netizen Terpaku Dengar Kata-kata Pujangga Daripada Wartawan Ini

fi bm

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Masa zaman sekolah dulu, korang rasa ujian lisan untuk subjek Bahasa Melayu susah ke tak? Ke korang memang selalu A+ subjek ni? 

Kalau korang rasa korang hebat sangat, agak-agak berapa banyak peribahasa yang korang memang tahu dengan maksud dia sekali? Kalau banyak, agak-agak boleh tak lawan dengan wartawan ni?


Seorang wartawan melalui laman TikTok peribadinya telah berkongsikan satu tips untuk dapat markah penuh dalam ujian penulisan Bahasa Melayu. Katanya, tips yang dikongsikan ni sesuai untuk para pelajar SPM ‘promax’…korang boleh lah try!

https://www.tiktok.com/@zhiddinazizz/video/7061560668431977755?is_copy_url=1&is_from_webapp=v1

Dalam masa sehari sahaja, perkongsian daripada saudara Zhiddin Aziz yang berdurasi hanya 58 saat ini telah berjaya meraih perhatian sebanyak 1.6 juta jumlah tontonan!

Pernah dipanggil pegawai PPD sebab dapat markah penuh!

Menurut Zhiddin dalam video tersebut, dia pernah dibawa ke pejabat pendidikan daerah (PPD) hanya kerana pihak PPD tidak percaya bahawa dia memperoleh markah penuh dalam ujian lisan bagi subjek Bahasa Melayu pada zaman sekolah dahulu.

Oleh hal yang demikian, dia terpaksa menduduki ujian lisan tersebut sekali lagi di hadapan dua orang pegawai PPD semata-mata untuk membuktikan bahawa dia layak memperoleh markah penuh itu.

Anak lelaki pengacara popular Allahyarham Aziz Desa ini berkongsikan rahsia yang digunakannya iaitu dengan ‘menyelit kata pujangga’ dalam pertuturan. Di ruangan komen, ada yang terpaku dengan gaya pertuturan yang digunakan oleh Zhiddin ini. Namun, ada juga yang siap minta tips lain untuk score markah penuh macam dia!

komen bm

Lepas tengok video Zhiddin ni, min terus rasa Bahasa Melayu tu bukanlah senang yang macam semua orang sangka…

Baca: “Lemah lembut je dia cakap” – Cara Faizal Tahir ‘Handle’ Anak-Anak Tarik Perhatian Ramai

baca bm

Sumber: TikTok

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.