Belum lagi kering air mata ahli keluarga penyanyi Nidza Afham yang ditemui meninggal dunia semalam, timbul pula satu fitnah disebarkan netizen di media sosial yang membuatkan keluarga ini bertambah sedih.
Penyanyi Aufahanie yang juga adik kepada mangsa, telah menegur seorang individu di X yang mendakwa pemergian arwah disebabkan berdepan dengan masalah cinta dengan teman wanita.
Artikel berkaitan: “Kalau bukan sebab Mira, kami tak tahu abang hilang” – Aufahanie
Artikel berkaitan: “Hormati perasaan kami” – Aufahanie Mohon Gambar Arwah Abang Ketika Ditemui Tidak Disebar
“Siapa kamu?”
Aufahanie menerusi posting di X menegaskan bahawa hubungan abangnya dengan teman wanita, Hazmiera dalam keadaan baik dan mereka juga telah merancang untuk berkahwin.
Siapakah kamu untuk mengeluarkan statement seolah olah kamu mengenali ABANG SAYA dan teman wanitanya dengan rapat?
“Kami semua sangat rapat dengan Arwah dan juga teman wanitanya. Handphone arwah pada kami, di whatsapp kami baca perancangan mereka untuk berkahwin, beberapa hari sebelum abang saya dimaklumkan hilang.
View this post on Instagram
“Pada hari Ahad mereka berdua baru sahaja pergi ke wedding fair. Mencari venue untuk teruskan perkahwinan.
“Kami SAKSI, bahawasanya mereka dalam keadaan baik, sedang bahagia bersama-sama,” kata Aufahanie.
“Siapakah KAMU, untuk menyebarkan ketidakpastian tentang cara pemergian ABANG SAYA?”
Malah lebih membuatkan Aufahanie bengang, individu ini juga menuduh Nidza Afham telah mengambil nyawanya sendiri kerana menghidapi kemurungan.
Susulan itu, Aufahanie mengutuk tindakan individu ini yang menuduh tanpa bukti sedangkan mereka sekeluarga juga masih menunggu keputusan akhir daripada pihak hospital berhubung perkara itu.
Teman wanita Abang saya sangat baik. Kalau bukan sebab dia, malam kejadian abang saya hilang, kami TAKKAN TAHU yang dia sudah hilang dan takkan tahu kemana nak cari dia. Allah temukan abang dan dia bersebab, sebagai pertolongan kepada kami dan juga Arwah Abang saya.
— Aufa ? (@aufaamokhtar) August 15, 2024
Aufahanie juga menggesa individu berkenaan untuk memadamkan posting yang dimuat naik dan meminta individu itu ke balai polis untuk memberi keterangan saksi jika dia melihat sendiri abangnya mengambil nyawanya sendiri bersama dengan bukti.
Semalam pihak polis dalam satu kenyataan mendedahkan mereka masih menanti keputusan makmal bagi mengetahui punca sebenar kematian penyanyi, Muhammad Nidza Afham Mokhtar, 23.
Berikutan itu, siasatan mengenai kes ini sedang diteruskan dan buat masa ini kematian mangsa diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Dalam pada itu, sekitar jam 6.32 petang semalam, jenazah Allahyarham Nidza Afham telah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Felda Bukit Cerakah, Puncak Alam di Shah Alam.
Al fatihah… semoga keluarganya tabah dengan dugaan yang menimpa.
Sumber: X