in

Siapa Kaki Ponteng? Ini Rekod Kehadiran Ahli Parlimen Di Dewan Rakyat!

Rekod Kehadiran Ahli Parlimen

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Dalam masa kurang dari 2 minggu, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) akan diadakan dan kita sendiri boleh lihat betapa rancaknya calon-calon yang bertanding berkempen demi menarik hati para pengundi.

Selain melihat kepada usaha, manifesto dan janji-janji yang ditaburkan calon supaya rakyat memilih mereka, ada lagi satu faktor yang korang boleh ambil kira demi membantu untuk membuat keputusan pada PRU nanti.


Sungaibuloh8Nov 1667898442

Salah satu darinya ialah jumlah kehadiran Ahli Parlimen (MP) pada sesi Dewan Rakyat yang terdahulu, yang mana perkara ini sangat penting kerana mereka membawa suara rakyat untuk dibentangkan di Parlimen.

Menurut laman Parlimen Malaysia, terdapat 89 persidangan Dewan Rakyat bermula dari 26 Julai 2021 hingga 7 Oktober 2022. 

61627269908 Dewanrakyat

 Ahli Parlimen dengan jumlah kehadiran penuh 

Hanya 6% dari Ahli Parlimen dilaporkan menghadiri kesemua persidangan ini yang mana ia adalah bilangan yang sangat kecil dari jumlah 222 orang Ahli Parlimen dilantik.

Menurut laman MyMP, hanya 14 Ahli Parlimen sahaja yang mempunyai 100% kehadiran penuh dan ini termasuklah dari:

Blok Kerajaan: 

  • Sik MP Ahmad Tarmizi Sulaiman (PAS),
  • Jempol MP Datuk Seri Mohd Salim Mohd Shariff (UMNO),
  • Libaran MP Datuk Zakaria Mohd Edris (Bersatu).

Blok Pembangkang: 

  • Merbok MP Nor Azrina Surip (PKR),
  • Subang MP Wong Chen (PKR),
  • Bukit Bendera MP Wong Hon Wai (DAP),
  • Kampar MP Thomas Su Keong Siong (DAP),
  • Segambut MP Hannah Yeoh Tseow Suan (DAP),
  • Bukit Bintang MP Fong Kui Lin (DAP),
  • Seremban MP Anthony Loke Siew Fook (DAP),
  • Lanang MP Alice Lau Kiong Yieng (DAP),
  • Temerloh MP Datuk Mohd Anuar Mohd Tahir (Amanah),
  • Tampin MP Datuk Dr Hasan Bahrom (Amanah),
  • Tuaran MP Datuk Seri Wilfred Madius Tangau (UPKO).

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Abdul Samad (Amanah) juga sebelum ini mempunyai rekod 100% kehadiran sebelum sidang parlimen pada Oktober lepas, walau bagaimanapun peratusan kehadirannya berubah kepada 96.63% selepas tidak hadir 3 persidangan parlimen.

Ahli Parlimen yang selalu ‘ponteng’ 

Dalam pada itu, 11 Ahli Parlimen ini didapati mempunyai jumlah peratusan kehadiran terendah dengan 40% daripada 89 persidangan parlimen.

Mereka adalah seperti berikut:

  • Padang Temu – Datuk Seri Mahdzir Khalid (UMNO): 34 hari atau 38.20%
  • Tenggara – Datuk Seri Dr Adham Baba (UMNO): 33 hari atau 37.07%
  • Bera – Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (UMNO): 32 hari atau 35.95%
  • Sembrong – Datuk Seri Hishammuddin Hussein (UMNO): 32 hari atau 35.95%
  • Semporna – Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Warisan): 32 hari atau 35.95%
  • Miri – Dr Michael Teo Yu Keng (PKR): 29 hari atau 32.58%
  • Marang – Tan Sri Abdul Hadi Awang (PAS): 28 hari atau 31.46%
  • Kepala Batas – Datuk Seri Reezal Merican (UMNO): 26 hari atau 29.21%
  • Larut – Datuk Seri Hamzah Zainudin (Bersatu): 25 hari atau 28.08%
  • Pagoh – Tan Sri Muhyiddin Yassin (Bersatu): 25 hari atau 28.08%

Sartan Sri Muhyiddin Yassin 1591757836

Selain itu, nama-nama besar dalam politik seperti Datuk Seri Anwar Ibrahim mencatatkan 83/89 kehadiran, Tun Dr Mahathir Mohamad pula 35/89 kehadiran, Datuk Seri Zahid Hamidi dengan 42/89 kehadiran dan Khairy Jamaluddin pula dengan 38/89 kehadiran.

Kalau korang nak tahu jumlah kehadiran MP di tempat masing-masing dan banyak lagi info lain mengenai mereka, korang boleh ke laman MyMP dan nilaikan di sana.

Dah decide ke nak undi sapa PRU kali ni? 

Baca: PRU15 : Ini ‘Highlight’ Manifesto Dari PN, PH & BN Kepada Pengundi 

Anwar

Sumber: BH
Sumber: Astro AWANI
Sumber: BH

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.