in

“Siapa jadi Perdana Menteri?” – Dr M Dedah Siapa Dalang Disebalik ‘Langkah Sheraton’

Collage

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Baru-baru ni, Pengerusi Parti Gerakan Tanah Air (GTA) Tun Dr Mahathir Mohamad telah menyatakan persediaannya untuk bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) dalam PRU15 akan datang ini dan bersedia untuk memaafkan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Namun begitu, Muhyiddin telah menolak tawaran tersebut serta turut menafikan bahawa beliau merupakan pengkhianat dan mendakwa keputusannya untuk membawa Bersatu keluar dari PH adalah demi “agama, bangsa dan negara”.


Menurut FMT dalam kenyataan terbaru, Dr M mengatakan yang beliau percaya Muhyiddin telah bertaubat selepas dihina dan dijatuhkan Umno namun sangkaannya meleset.

Dia khianat kepada saya tidak mengapa. Saya sangka dia akan cuba tebus khianatnya kepada Bersatu sehingga hilang beberapa negeri, dan kepada rakyat keseluruhan.

“Rupanya dia tetap angkuh dan hanya mahu menjadi PM.”

Mahathir And Muhyiddin Ap

Bukan itu sahaja, Dr M turut mendakwa Muhyiddin telah memecatnya sebagai Pengerusi Bersatu  dan beberapa pemimpin lain yang tidak setuju dengan Langkah Sheraton.

Muhyiddin cuba menafikan beliau pengkhianat yang terbabit dengan Langkah Sheraton dan cuba mengaitkan perkara itu dengan saya.

“Siapa yang dapat faedah daripada Langkah Sheraton ini, siapa yang jadi perdana menteri.”

Tambahnya lagi, Presiden PAS Abdul Hadi Awang turut mengakui bahawa beliau juga adalah orang yang menggerakkan Langkah Sheraton.

Menurut Mahathir, Muhyiddin menuduhnya bersetuju atas pelantikannya sebagai perdana menteri, namun tidak mendedahkan soalannya sama ada beliau memegang jawatan itu dengan sokongan kleptokrat.

“Dia jawab sanggup dan dengan angkuh berkata dia tahu macam mana mahu tangani kerana dia ada pengalaman politik lebih 40 tahun.

“Akhirnya Muhyiddin tersembam selepas cuma 17 bulan menjadi perdana menteri selepas dikhianati oleh Ahli Parlimen Umno dan Barisan Nasional (BN) yang sebelum itu bersama-sama mengkhianati rakyat untuk menubuhkan kerajaan pintu belakang.”

 

Baca: Muhyiddin Telah Hilang Majoriti Sebagai PM – Tun Mahathir

Uuuu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.