Walaupun hampir seminggu berlalu, netizen masih hangat memperkatakan mengenai kontroversi menyelubungi rancangan realiti Famili Duo yang melibatkan Sissy Imann dan Naim Daniel telah diberikan kritikan pedas oleh Mas Idayu selaku juri rancangan tersebut.
Simpati dengan nasib yang menimpa Sissy, rata-rata netizen telah melontarkan kecaman kepada Mas Idayu sehingga ada yang mula membandingkan penyanyi dangdut ini dengan penyanyi dari Indonesia, Judika.
“Ni namanya juri. Kritik dan bantu”
Menerusi perkongsian @SaifulEnver di Twitter, penyanyi Judika telah dipuji menerusi caranya mengkritik peserta bernama Novia semasa menjadi juri bagi rancangan Indonesian Idol.
Novia yang menyanyikan lagu Speechless itu dikritik tapi pada masa yang sama diajar serta dibantu Judika dalam melontarkan suaranya dengan cara yang betul. Hasilnya memang mantappp! Nyanyiannya nampak lebih penuh emosi.
https://twitter.com/SaifulEnver/status/1617722137472794624
Cuba tengok cara Judika bantu Novia nyanyi lagu Speechless. Ni namanya juri. Kritik dan bantu.
“Bukan macam juri Malaysia yang suka maki hamun macam dia terpaling bagus kat Malaysia tu. Walhal nyanyi genre selain dangdut pun hauk,” katanya.
“Bonda HKE komen tengoklah macam mana. Dia komen pakej sekali dengan mengajar”
Selain dari Judika, netizen juga memuji cara penjurian yang dilakukan Hetty Koes Endang dalam rancangan Gegar Vaganza yang dilihat profesional dalam mengajar peserta pertandingan.
Dalam pada itu, ada juga yang berharap juri nyanyian di Malaysia boleh mempraktikkan cara kritikan sebegini agar tidak menjatuhkan semangat para penyanyi yang baru bertapak di industri seni.
Apa-apapun diharapkan isu ini tidak diperbesarkan lagi dan semoga Sissy Iman kembali bersemangat untuk persembahan Famili Duo bagi minggu ini.
Baca: “Tak mengapa, saya ada” – Pesanan Naim Daniel Kepada Sissy Imann Buat Ramai Tersentuh