Pelakon Uqasha Senrose tidak teragak-agak mengambil tindakan undang-undang terhadap seorang wanita yang dianggap sengaja mencipta berita sensasi saat dirinya sedang diuji.
Kata Uqasha, wanita yang mendakwa dirinya dibuli semasa di bangku sekolah itu bakal berdepan dengan pihak berkuasa untuk tindakan lanjut. Malah Kosmo! melaporkan bahawa satu laporan polis sudah dibuat, peguam juga sudah dilantik untuk menguruskan kes berkenaan.
Siapa buli siapa sekarang – Uqasha Senrose
Dalam pada itu, Uqasha juga turut menyatakan bahawa tindakan wanita yang telah memfitnah dirinya tu telah membuatkan ramai orang percaya yang dia seorang kaki buli.
“Berani kerana benar, saya tak takut sikit pun. Saya ambil tindakan undang-undang kerana impak akibat fitnah itu membuatkan ramai tak kenal saya, tapi percaya saya kaki buli.”
“Orang yang sokong dia pun bukan main lagi menambah-nambah (tuduhan), jadi batu api. Anda hanya dengar daripada sebelah pihak sahaja.”
“Hanya dengan sekeping gambar dia tuduh macam-macam. Saya pun hairan bagaimana dia boleh fitnah sebegitu. Tak mengapa, sekolah serta guru yang pernah mengajar saya masih ada di situ.”
“Cuma saya ajukan perkara ini ke pihak berkuasa sebagai penegasan saya bukan pembuli. Lagi pun saya banyak berpindah sekolah ketika tingkatan lima dulu.”
Malah, Uqasha menerusi TikTok Live miliknya malam tadi pun turut mencabar wanita itu untuk kemukakan segala bukti yang menunjukkan dia seorang pembuli.
“Ini bukan benda kecil sampai saya terpaksa baca benda tak betul dan trending di Twitter. Kalau betul kenapa sekarang baru nak cerita?”
“Kak Yongnya saya, kuatnya saya sampai boleh buat awak jadi trauma. Awak tuduh saya kaki buli, talam dua muka sampai buat orang lain nak bunuh diri.”
“Apa niat awak? Sampai trending buruknya nama saya orang cakap saya kaki buli. Kenapa sekarang baru nak cerita?”
Uqasha juga turut menegaskan bahawa pendedahan yang dibuat oleh wanita tersebut tidak buatkan dirinya rasa terganggu malah turut mempersoalkan tindakan wanita itu bahawa siapa sebenarnya pembuli.
“Awak tak berjaya buat saya lemah, sebaliknya awak buat saya lebih bersemangat. Awak kacau mental saya, jadi siapa buli siapa sekarang?”
“Kalian yang turut komen macam-macam di Twitter juga seolah-olah sudah kenal lama dengan saya dan sebenarnya anda semua sedang buli siber terhadap saya.”
Baca : “Murid paling rajin” – Dituduh Pembuli Di Sekolah, Kawan & Cikgu ‘Back Up’ Uqasha?