in

“Siapa baik hati nak bagi buah pinggang sebelah?” – Kidney ‘Kong’ Lepas Makan Ubat Gemuk

dah kurus nak gemuk

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.

Berkali-kali dah isu macam ni up di media sosial berkaitan bahayanya mengambil ubat tanpa preskripsi doktor dan kelulusan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Tapi seperti biasa, masih ada yang berani untuk ambil ubat macam ni sehingga buah pinggang rosak teruk.

Menerusi perkongsian di Twitter, seorang gadis dikatakan mengambil ubat untuk menggemukkan badan tapi akhirnya mendatangkan musibah kepada diri sendiri. Badan tak gemuk, tup-tup kidney pulak terus ‘kong’ sampai kena ganti yang lain.


kong 1
Sumber: Twitter

 

“Aku dah tak sanggup lagi kekejap masuk wad, cucuk sana sini” 

Posting ni asalnya viral di Facebook bila mangsa luahkan perasan tak tahan asyik sakit dan masuk wad terlalu kerap. Dia juga minta kalau ada sesiapa yang baik hati nak sedekahkan sebelah buah pinggang kepadanya. Aduhai kesiannya…

DqL2IBrUwAA1k21
Sumber: Twitter

 

“Inilah ubat yang saya makan selama 2 tahun lebih… sampai sakit buah pinggang tahap terakhir” 

Selidik punya selidik, rupanya mangsa ni ambil sejenis ubat untuk menggemukkan badan. Dia katanya dah makan ubat ni lebih dari 2 tahun dah. Kesan daripada makan ubat ni, dia menghidap sakit buah pinggang yang teruk sampai tahap terakhir.

gemuk
Sumber: Twitter
20108221 10155548690197630 4205206004869939707 n
Sumber: Facebook
20155748 10155548689797630 1650300357714786493 n
Sumber: Facebook
20108593 10155548689707630 555709340844930760 n
Sumber: Facebook

Malah menerusi perkongsian seorang netizen pada tahun 2017 lalu, ubat yang dikenali sebagai Harsen Yellow Tablet dan Kalbe Orange Tablet ini memang tak ada kelulusan KKM. 

Apabila diperiksa pada pautan KKM berkaitan “Senarai 162 Produk Dikesan Mengandungi Bahan Terlarang Yang Diterima Melalui Pelaporan Kesan Sampingan Ubat”, ubat ni memang tersenarai antara yang berbahaya. Alamak! 

Korang boleh baca tentang ubat ni dengan lebih lanjut di posting bawah:

https://www.facebook.com/mohd.dziehan/posts/10155548690242630

 

Tak boleh terima buah pinggang dari orang luar, hanya keluarga boleh menderma tapi… 

Jika posting sebelum ni mangsa ada memohon kepada orang ramai untuk menderma sebelah buah pinggang kepadanya, Facebook Derma Organ Melaka telah tampil untuk beri penjelasan tentang masalah yang dihadapi mangsa ini.

Menurut posting itu, bagi pendermaan hidup (living donor), ia hanya boleh didermakan oleh keluarga terdekat sahaja di negara kita dan hanya boleh diaturkan oleh doktor pesakit sendiri. 

derma
Sumber: Facebook
Namun malangnya, menerusi bahagian comment posting mangsa, tak ada ahli keluarga pun yang sudi dermakan sebab takut risiko yang bakal dihadapi. Alahai sedihnya… 

semua tak nak
Sumber: Facebook

Diharapkan pesakit ini dapatlah buah pinggang yang diperlukan supaya boleh kembali sihat seperti biasa. Bagi mereka yang kat luar sana tu, ingin naikkan berat badan atau turunkan berat badan… tolonglah jangan makan pil sembarangan. Bila sudah sakit, menyesal tak berkesudahan.

Take care tubuh anda elok-elok ye! Organ dalam badan ada satu je. 

Baca: “Bodoh la kalau percaya. Tipu gila produk dia kalahkan ubat hospital”

tipu

Ikuti kami di Facebook, Youtube, Twitter, and Instagram untuk berita terkini setiap hari.